Mengata dulang paku serpih…

Posted: April 16, 2016 in Manhaj Umum, Realiti Umat

SEBAHAGIAN sahabat sufi kita memuatnaik satu gambar, dengan tujuan asal untuk menyindir sahabat salafi kita. Namun sayangnya, sindiran tersebut akhirnya terkena kepada mereka sendiri.

Untitled3

Kononnya, gambar ini merupakan sindiran kepada sahabat salafi kita, lalu ditulis status:

“Makin ramai yang faham Islam secara wijadah (jumpa maklumat dalam kitab kemudian faham sendiri dan amalkan tanpa berguru), bukan lagi secara tradisi talaqqi dengan guru yang mewarisi ilmu yang sahih secara turun temurun…”

Bagi saya, sindiran ini juga boleh ditujukan kepada sahabat sufi kita sendiri. Kenapa? Kerana mereka juga melakukan bypass, terus kepada Nabi ﷺ. Walaupun secara zahirnya mereka terus menerus mengaku belajar secara bertalaqqi dan mempunyai sanad yang sampai kepada Nabi ﷺ, hakikatnya banyak hadits-hadits Nabi ﷺ yang mereka faham sendiri tanpa merujuk pemahaman para `ulama’.

Contoh yang mudah, apabila berbahas mengenai makruhnya kenduri arwah di sisi mazhab Asy-Syafi`i (termasuk juga Imam Asy-Syafi`i rahimahullah), mereka pasti akan menjawab: “Apa salahnya buat kenduri? Bukankah Nabi ﷺ sendiri yang menganjurkan kita untuk memberi makan?”

Kita semua tahu memang Nabi ﷺ menganjurkan umat Islam untuk memberi makan kepada orang, namun adakah kenduri arwah turut termasuk dalam anjuran ini? Bukankah ketika Ja`far meninggal dunia, Nabi ﷺ menyuruh para sahabat membuatkan makanan untuk keluarga Ja`far, dan bukannya meminta keluarga Ja`far untuk membuat makanan kepada orang ramai? Sekiranya benar kenduri arwah boleh dianggap termasuk dalam anjuran memberi makan, sahabat Rasulullah ﷺ yang manakah yang pernah mengadakan kenduri arwah selepas kematian keluarga mereka?

Dapat kita lihat di sini, sebenarnya kaum sufi banyak melakukan bypass dalam memahami hadits-hadits Nabawi. Mereka memahami hadits-hadits tersebut sesuai dengan kehendak mereka tanpa melihat pemahaman para sahabat, tabi`in, dan tabi`i at-tabi`in. Sebab itu saya katakan, mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Selain itu, sekiranya mereka mendakwa mereka menuntut ilmu secara bertalaqqi sejak turun temurun, kenapa pemahaman yang diperolehi secara bertalaqqi itu tidak sama dengan pemahaman para sahabat? Saya tak faham bagaimana mereka boleh mendakwa mereka mewarisi ilmu yang “sahih”, sedangkan ilmu mereka bercanggah dengan pemahaman para sahabat?

Ada satu lagi point menarik, disebutkan oleh sahabat saya Saudara Abdul Qayyum Hadi di status FB beliau, katanya:

“Sangat lucu! Mujur jumpa dalam buku yang dikarang oleh `ulama’. Tak pernah jumpa lagi orang dakwa baca buku yang dikarang oleh Nabi ﷺ sendiri! Yang lagi bahaya ialah jumpa dan belajar dengan Nabi ﷺ secara jaga! Berkaitan ibadat pula tu… Hehe… Status makan diri ni :-)

Advertisements
Comments
  1. Ahmad Khusairi says:

    Assalamualaikum. Entah bagaimana saya boleh sampai ke laman blog saudara ini. Alhamdulillah, saya amat menyukai tulisan saudara terutama dalam hal menegakkan Al-Quran dan Sunnah. Dan tulisan saudara mengenai dunia perubatan dari perspektif Islam dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yg berguna kpd saya. Saya juga tertarik dengan tulisan saudara mengenai sikap masyarakat kita yang taksub kpd tokoh agama yg berstatus selebriti dan mengenepikan Hadith yg sahih.Teruskan usaha menulis blog ini dan teruskan istiqomah dalam bermanhaj salafi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s