KQS: Dosa masing-masing tanggung

Posted: April 29, 2016 in #kenalquransunnah

Firman Allah ﷻ:

ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (۱٠)

Allah membuat satu perumpamaan bagi golongan kafir, iaitu isteri Nuh dan isteri Luth. Kedua-duanya berada bawah pengawasan dua hamba (yakni Nabi Nuh dan Nabi Luth `alaihima as-salam) daripada hamba-hamba Kami yang shalih. Lalu kedua-dua wanita ini mengkhianati suami masing-masing. Kedua-dua suami tersebut tidak dapat membantu mereka sedikit pun daripada (azab) Allah. Lalu dikatakan (kepada kedua-dua wanita tersebut): “Masuklah kalian berdua ke dalam neraka bersama-sama golongan yang memasukinya.”

[Surah At-Tahrim (surah 66), ayat 10]

Ulasan:

1. Telah tersebar satu kepercayaan dalam masyarakat kita bahawa para suami akan menanggung dosa isteri masing-masing.

2. Namun, Al-Qur’an mengajarkan kepada kita sebaliknya. Ayat 10 surah At-Tahrim di atas adalah salah satu dalil yang cukup kuat untuk menolak kepercayaan tersebut. Allah ﷻ telah membawakan contoh isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth, yang mana kedua-duanya telah terpesong daripada jalan Allah, walaupun mereka menjalani kehidupan seharian di sisi Nabi-Nabi Allah.

3. Namun, kekafiran kedua-dua wanita ini sesekali tidak mengheret suami masing-masing ke neraka, bahkan Allah ﷻ menggunakan istilah عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ (dua hamba daripada hamba-hamba Kami yang shalih) untuk merujuk kepada kedua-dua Nabi-Nya. Ini menunjukkan bahawa Nabi Nuh dan Nabi Luth `alaihima as-salam masih mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah ﷻ.

4. Bahkan, terdapat satu ayat yang diulang sebanyak lima kali dalam Al-Qur’an:

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain.

(a) Surah Al-An`am (6), ayat 164

(b) Surah Al-Isra’ (17), ayat 15

(c) Surah Fathir (35), ayat 18

(d) Surah Az-Zumar (39), ayat 7

(e) Surah An-Najm (53), ayat 38, dengan sedikit perbezaan di permulaan ayat (أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ)

5. Namun, ini bukanlah bererti para suami langsung tidak perlu bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Ini kerana Allah ﷻ juga berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا (٦)

Wahai orang beriman! Peliharalah diri kalian dan keluarga kalian daripada api neraka. [Surah At-Tahrim (surah 66), ayat 6]

Ini bererti para suami hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mendidik ahli keluarganya, sama ada secara langsung atau pun melalui perantaraan para ustaz atau ustazah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s