Apabila Imam Muda Berbicara Tentang Vaksin…

Posted: June 25, 2016 in Perubatan, Realiti Umat

ISU Al-Imam Muda yang berbicara tentang vaksin beberapa hari lalu sudah sepi. Namun, parut di hati ini masih berdarah lagi. Bab mempermainkan kematian kanak-kanak yang malang itu satu perkara besar, ditambah pula bab ego Al-Imam Muda yang dengan yakinnya mengatakan bahawa dirinya beroleh pahala akibat cacian dan kejian yang diterimanya daripada orang awam.

Katanya 1 kes sahaja yang meninggal akibat Difteria, bukannya 1%. Pertama, memang kita bukan Tuhan untuk mengatakan sesiapa yang mendapat suntikan pelalian Difteria pasti selamat, namun suntikan pelalian itu merupakan salah satu ikhtiar pencegahan daripada jangkitan yang teruk.

Isunya sama sahaja dengan penunggang motorsikal yang memakai topi keselamatan. Memang kita akui masih ramai penunggang motorsikal meninggal akibat kemalangan jalan raya walaupun mereka telah memakai topi keselamatan, adakah ini bererti kita tak patut memakainya?

Berapa ramai pesakit demam denggi yang meninggal walaupun telah mendapatkan rawatan. Adakah ini bererti para doktor tidak perlu merawat mereka, dengan alasan “Tak tahu pulak pesakit denggi yang mendapat rawatan dapat extra nyawa?”

Kedua, untuk penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi (vaccine-preventable disease, VPD), kehilangan satu nyawa akibat kegagalan untuk mendapat suntikan pelalian amatlah besar. 1 nyawa sudah cukup menggegarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tak perlu tunggu sampai 1% (1% daripada 30 juta penduduk = 300 ribu orang).

Kemudian beliau mengatakan “Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin.” Bagi saya, sindiran seperti ini tidak patut keluar daripada seorang selebriti (mungkin selebriti kot) seperti beliau. Bab malaikat maut adalah perkara ghaib, kalau betul nak mengusik, tak perlulah kita mengusik malaikat maut sekali.

Beliau kemudiannya memadam status pertamanya, kerana TERLALU BANYAK PAHALA yang beliau dapat sepanjang petang tersebut, dan beliau telah menyebabkan RAMAI KEHILANGAN PAHALA dan BERTAMBAH DOSA. Saya tidak pasti kenapa beliau cukup yakin untuk mengeluarkan pernyataan seperti ini. Adakah urusan pahala dan dosa sudah mula jelas di mata para agamawan selebriti sehingga beliau begitu yakin?

Beliau akhirnya menjelaskan alasannya memuatnaik status pertama, beliau melihat seolah-olah sesuatu itu dianggap seperti lebih berkuasa daripada takdir. Perkataan “seolah-olah” itu menunjukkan bahawa beliau sendiri bukan 100% yakin bahawa golongan pro-vaksin memang menganggap vaksin lebih berkuasa daripada Allah. Kenapa perlu mengusik kes kematian seperti ini? Kami para doktor, tidak pernah menjanjikan kesihatan 100% kepada para pesakit. Begitu juga para pesakit kami, mereka tahu ubat yang dibekalkan oleh doktor hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata, bukannya sesuatu yang pasti.

Mungkin bagi orang ramai, isu ini sudah berakhir dengan permintaan maaf Al-Imam Muda secara terbuka. Namun, bagi saya, isu ini seumpama memaku paku ke dinding kayu, kita boleh buang paku tersebut, tetapi kesan yang tertinggal akan terus berlubang sampai ke bila-bila. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua; “Tanyakanlah kepada ahli zikr sekiranya kalian tidak mengetahui.”

Wallahu a`lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s