Valak Sudah Wujud di Zaman Nabi Sulaiman?

Posted: July 1, 2016 in Manhaj Umum, Realiti Umat

SAYA pernah diajukan satu soalan; benarkah Valak (hantu dalam filem Conjuring 2) merupakan salah satu daripada 72 syaitan utama dalam kitab sihir yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman `alaihi as-salam?

Berikut adalah jawapan saya.

Untuk pengetahuan kita semua, Allah ﷻ telah menceritakan beberapa kisah tentang Nabi Sulaiman dalam Al-Qur’an, namun tiada satu pun ayat yang bercerita tentang Valak, bahkan tiada satu pun yang bercerita tentang kitab sihir yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman.

Ini bererti ada 2 kemungkinan.

Kemungkinan Pertama: Isu Valak atau kitab sihir itu sama sekali tidak penting kepada umat Islam.

Ini boleh dilihat daripada kisah-kisah dalam Al-Qur’an sendiri. Luqman Al-Hakim misalnya, Allah ﷻ hanya merakam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya, tanpa Allah menceritakan dengan terperinci siapakah Luqman (Nabi atau wali), bagaimanakah sifat fizikal beliau, pada zaman manakah beliau hidup. Ini kerana Allah hanya ingin memaparkan mesej penting dalam Al-Qur’an, iaitu wasiat-wasiat Luqman.

Begitu juga dengan Fir`aun yang menentang Nabi Musa `alaihi as-salam; Allah ﷻ tidak pernah menceritakan secara terperinci mengenai nama Fir`aun tersebut (Fir`aun adalah gelaran, bukan nama). Ini kerana mesej penting yang Allah cuba sampaikan kepada orang mu’min adalah sikap dan penentangan Fir`aun terhadap wahyu dan utusan Allah, bukannya biodata Fir`aun itu sendiri.

Kemungkinan Kedua: Kisah Valak atau kitab sihir itu tidak pernah wujud.

Sebagaimana yang pernah saya sebut dalam entry sebelum ini, umat Islam di Malaysia sangat gemarkan perkara-perkara ajaib dan mistik. Sebanyak 6000+ ayat dalam Al-Qur’an, namun umat Islam disibukkan dengan watak hantu yang kononnya wujud dalam satu kitab yang tidak diketahui wujud ataupun tidak.

Maka, tidak hairanlah kenapa Allah menyebut:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab ini (Al-Qur’an) tiada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi orang yang bertaqwa. – Al-Baqarah, ayat 2.

Apabila saya mendengar soalan ini, tidak terlintas pun dalam kepala saya untuk mencari dalam mana-mana kitab tafsir adakah kisah ini shahih atau tidak. Saya rasa sekiranya kisah Valak ini benar-benar wujud dalam kitab yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman, kisah ini sedikit pun tidak menambahkan keimanan kita.

Oleh itu, saya ingin mengajak kaum muslimin semua, kembalilah kepada Al-Qur’an. Bacalah terjemahan Al-Qur’an, supaya kita tahu apa mesej yang Allah cuba sampaikan kepada kita. Mesej-mesej ini hanya berguna kepada kita selagi mana kita masih hidup. Apabila nyawa telah meninggalkan jasad kita, mesej-mesej dalam Al-Qur’an ini sama sekali tidak akan mengubah nasib kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s