SEMALAM ramai yang sibuk bertanya, “Malam ini malam ke-27 ke?”
Apa yang istimewa sangat malam ke-27 Ramadhan? Kebanyakan umat Islam di Malaysia meyakini bahawa malam ke-27 Ramadhan biasanya merupakan malam Al-Qadar. Malah, tidak sedikit yang meninggalkan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, namun hanya bersungguh-sungguh beribadah pada malam ke-27. Apabila berlalu malam ke-27, mereka akan kembali meninggalkan ibadah pada malam-malam yang masih berbaki.
Adakah mereka benar-benar yakin mereka tidak akan terlepas peluang untuk merebut malam Al-Qadar, hanya dengan menumpukan ibadah pada malam ke-27? Apakah yang menyebabkan mereka begitu yakin malam Al-Qadar tahun ini jatuh pada malam ke-27.
Izinkan saya untuk memberi sedikit perkongsian. Dalam beberapa hadits shahih, Rasulullahย ๏ทบ telah memberikan petunjuk secara umum tentang malam Al-Qadar. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh isteri baginda, Ummu Al-Mu’minin `A’isyah radhiyallahu `anha, Rasulullahย ๏ทบ telah bersabda:
ุชูุญูุฑููููุง ููููููุฉู ุงููููุฏูุฑู ููู ุงููููุชูุฑู ู ููู ุงููุนูุดูุฑู ุงููุฃูููุงุฎูุฑู ู ููู ุฑูู ูุถูุงูู
Carilah malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2017), Muslim (1169), At-Tirmidzi (792)
ย
Namun, sebahagian hadits secara jelas menyebutkan malam Al-Qadar jatuh pada malam ke-21 Ramadhan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri radhiyallahu `anhu:
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ๏ทบ ููุงูู ููุนูุชููููู ููู ุงููุนูุดูุฑู ุงููุฃูููุณูุทู ู ููู ุฑูู ูุถูุงููุ ููุงุนูุชููููู ุนูุงู ูุง ุญูุชููู ุฅูุฐูุง ููุงูู ููููููุฉู ุฅูุญูุฏูู ููุนูุดูุฑููููุ ูููููู ุงููููููููุฉู ุงูููุชูู ููุฎูุฑูุฌู ู ููู ุตูุจููุญูุชูููุง ู ููู ุงุนูุชูููุงููููุ ููุงูู: “ู ููู ููุงูู ุงุนูุชููููู ู ูุนููุ ููููููุนูุชููููู ุงููุนูุดูุฑู ุงููุฃูููุงุฎูุฑูุ ููููุฏู ุฃูุฑููุชู ููุฐููู ุงููููููููุฉูุ ุซูู ูู ุฃูููุณููุชูููุงุ ููููุฏู ุฑูุฃูููุชูููู ุฃูุณูุฌูุฏู ููู ู ูุงุกู ููุทูููู ู ููู ุตูุจููุญูุชูููุงุ ููุงููุชูู ูุณููููุง ููู ุงููุนูุดูุฑู ุงููุฃูููุงุฎูุฑูุ ููุงููุชูู ูุณููููุง ููู ููููู ููุชูุฑู” ุ ููู ูุทูุฑูุชู ุงูุณููู ูุงุกู ุชููููู ุงููููููููุฉูุ ููููุงูู ุงููู ูุณูุฌูุฏู ุนูููู ุนูุฑููุดู ูููููููู ุงููู ูุณูุฌูุฏูุ ููุจูุตูุฑูุชู ุนูููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ๏ทบ ุนูููู ุฌูุจูููุชููู ุฃูุซูุฑู ุงููู ูุงุกู ููุงูุทูููููุ ู ููู ุตูุจูุญู ุฅูุญูุฏูู ููุนูุดูุฑูููู
Rasulullah ๏ทบ pernah beri`tikaf pada 10 malam pertengahan Ramadhan. Baginda beri`tikaf pada tahun tersebut sehingga tiba malam ke-21, iaitu pada hari baginda akan keluar dari tempat i`tikafnya pada keesokan paginya. Baginda bersabda: “Sesiapa yang beri`tikaf denganku, hendaklah dia beri`tikaf juga pada 10 malam terakhir. Sesungguhnya aku pernah diperlihatkan malam Al-Qadar, namun aku dilupakan waktunya secara pasti. Aku telah melihat diriku (dalam mimpi) sujud di atas air dan tanah pada keesokan paginya. Carilah malam Al-Qadar pada 10 malam terakhir, carilah malam Al-Qadar pada setiap malam ganjil.” Lalu, hujan turun pada malam tersebut. Pada waktu tersebut, atap masjid dibuat daripada daun-daun, lalu hujan mengalir ke dalam masjid. Aku (Abu Sa`id) telah melihat Rasulullah ๏ทบ dengan kedua-dua mataku, di dahi baginda terdapat bekas air dan tanah pada pagi ke-21.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2027), Muslim (1167), Abu Dawud (1382), An-Nasa’i (1356)
ย
Kata Asy-Syafi`i: “Riwayat yang paling kuat di sisiku adalah malam ke-21.”
ย
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh `Abdullah bin Unais radhiyallahu `anhu, disebutkan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada malam ke-23. Kata `Abdullah bin Unais, Rasulullah ๏ทบ pernah bersabda:
ุฃูุฑููุชู ููููููุฉู ุงููููุฏูุฑู ุซูู ูู ุฃูููุณููุชูููุงุ ููุฃูุฑูุงููู ุตูุจูุญูููุง ุฃูุณูุฌูุฏู ููู ู ูุงุกู ููุทููููุ ููุงูู: ููู ูุทูุฑูููุง ููููููุฉู ุซูููุงุซู ููุนูุดูุฑููููุ ููุตููููู ุจูููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ๏ทบ ููุงููุตูุฑูููุ ููุฅูููู ุฃูุซูุฑู ุงููู ูุงุกู ููุงูุทููููู ุนูููู ุฌูุจูููุชููู ููุฃูููููููุ ููุงูู: ููููุงูู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุฃูููููุณู ููููููู: ุซูููุงุซู ููุนูุดูุฑูููู
“Aku pernah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dilupakan waktunya secara pasti. Namun, aku melihat (dalam mimpiku) bahawa keesokan harinya aku sujud di atas air dan tanah.” Kata `Abdullah: Lalu hujan turun pada malam ke-23, dan kami solat bersama Rasulullah ๏ทบ. Kemudian baginda berpaling, terdapat kesan air dan tanah pada dahi dan hidung baginda. Kata `Abdullah bin Unais: “Malam ke-23.”
Diriwayatkan oleh Muslim (1168), Abu Dawud (1382), An-Nasa’i (1356)
ย
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Mu`awiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu `anhuma, disebutkan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada malam ke-27. Kata Mu`awiyah: Daripada Nabi ๏ทบ tentang malam Al-Qadar:
ููููููุฉู ุงููููุฏูุฑู ููููููุฉู ุณูุจูุนู ููุนูุดูุฑูููู
Malam Al-Qadar adalah malam ke-27.
Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1386). Shahih menurut Ibn `Abdi Al-Barr.
ย
Bahkan, terdapat juga beberapa hadits yang menyebutkan malam Al-Qadar dihitung berdasarkan berapa hari Ramadhan masih berbaki, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibn `Abbas radhiyallahu `anhuma, daripada Nabi ๏ทบ:
ุงููุชูู ูุณููููุง ููู ุงููุนูุดูุฑู ุงููุฃูููุงุฎูุฑู ู ููู ุฑูู ูุถูุงููุ ููููููุฉู ุงููููุฏูุฑู ููู ุชูุงุณูุนูุฉู ุชูุจููููุ ููู ุณูุงุจูุนูุฉู ุชูุจููููุ ููู ุฎูุงู ูุณูุฉู ุชูุจูููู
Carilah malam Al-Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan; pada 9 malam yang masih berbaki, pada 7 malam yang masih berbaki, dan pada 5 malam yang masih berbaki.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2021), Abu Dawud (1381).
Sebahagian `ulama’ memahami maksud “9 malam yang masih berbaki” adalah malam ke-21 (sekiranya Ramadhan 29 hari) atau ke-22 (sekiranya Ramadhan 30 hari). “7 malam yang masih berbaki” pula bermaksud malam ke-23 (sekiranya Ramadhan 29 hari) atau ke-24 (sekiranya Ramadhan 30 hari). Dan “5 hari yang masih berbaki” pula bermaksud malam ke-25 (sekiranya Ramadhan 29 hari) atau ke-26 (sekiranya Ramadhan 30 hari).
ย
Menurut Ibn Hajar Al-`Asqalani rahimahullah (Fath Al-Bari, syarah hadits no. 2017-2022), terdapat 46 pendapat yang wujud di kalangan `ulama’ Islam tentang bilakah malam Al-Qadar. Antara pendapat yang disebutkan oleh beliau adalah:
* Malam Al-Qadar hanya terjadi sekali sahaja, yakni pada zaman Rasulullah ๏ทบ.
* Malam Al-Qadar boleh terjadi pada mana-mana malam sepanjang tahun.
* Malam Al-Qadar boleh terjadi pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam pertama Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam pertengahan Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 27 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 18 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 19 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam pertama 10 hari terakhir Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 22 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 23 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 24 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 25 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 26 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 27 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 28 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 29 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar adalah pada malam 30 Ramadhan.
* Malam Al-Qadar terjadi pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.
* Malam Al-Qadar terjadi pada 7 malam terakhir Ramadhan.
ย
Bagi saya, pendapat yang paling tepat adalah sebagaimana yang disebutkan oleh An-Nawawi rahimahullah (Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, syarah hadits no. 762):
Kata para muhaqqiq: Malam Al-Qadar berubah-ubah, ada tahun tertentu malam Al-Qadar terjadi pada malam ke-27 (Ramadhan), ada tahun tertentu malam Al-Qadar terjadi pada malam ke-23, ada tahun tertentu malam Al-Qadar terjadi pada malam ke-21.
ย
Oleh itu, sebaik-baiknya janganlah kita tinggalkan malam-malam Ramadhan yang masih berbaki ini. Siapa tahu malam Al-Qadar untuk tahun ini masih belum berlalu. Selamat beramal.