Khitan Punya Pasal

Posted: August 23, 2016 in Fiqh (Umum), Manhaj Umum, Realiti Umat

DUA hari lepas (Ahad), telah berlaku satu perbincangan tentang hukum khitan bagi perempuan dalam salah satu WhatsApp group saya (group locum). Ramai juga rakan doktor saya yang memberikan pendapat masing-masing; sebahagian besarnya menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, namun ada pula yang berpegang dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mengatakan khitan bagi perempuan adalah wajib.

Lalu, beberapa link youtube mula dikongsikan, masing-masing mengajak ahli group mendengar penjelasan daripada beberapa orang ustaz terkenal.

 

Pada mulanya, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, kerana bagi saya, memang isu ini khilaf di kalangan `ulama’, sama ada wajib atau sunat. Tidak salah sekiranya kita ingin mengutarakan pendapat peribadi kita, tetapi jangan sampai mewajibkan orang lain mengikutinya.

 

Namun, ada satu kenyataan daripada salah seorang rakan yang membuatkan saya kurang senang. Katanya, menurut mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali, khitan bagi perempuan adalah wajib.

 

Saya hairan, seingat saya, mazhab Al-Hanabilah menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, berbeza dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mewajibkan khitan kepada lelaki dan perempuan.

.

Saya mengambil keputusan untuk menyuarakan pandangan peribadi:

Sorry nak mencelah sikit. Perbahasan khitan wanita wajib ko sunat sebenarnya panjang.

Kedua-dua pihak ada dalil yang kuat, pihak yang kata wajib ada jawapan kepada hujah pihak yang kata sunat, pihak yang kata sunat pula ada jawapan kepada hujah pihak yang kata wajib.

Pendapat mana yang kita cenderung tu pilihan masing-masing.

Tapi kalau ikut apa yang termaktub dalam kitab muktabar mazhab Asy-Syafi`i, memang khitan bagi perempuan wajib sebagaimana khitan bagi lelaki.

Sebahagian mazhab lain pulok kata khitan bagi wanita tidak wajib.

Pilih la yang mana yang berkenan di hati. Perbahasan ni takkan settle sebab Qur’an yang baru tak turun doh, Nabi pun takdok doh dengan kita nak keluarkan hadits baru.

Hadits-hadits hok ada loni, kok mana-mana pun akan membawa kita kepada salah satu hukum tadi; sama ada wajib atau sunat.

Wallahu a`lam.

 

Lebih kurang begitu komen yang saya berikan di awal pagi (lebih kurang 6.30 pagi). Namun, saya agak terkejut apabila rakan yang sama menegur komen saya. Pertama, beliau bertanya apakah rujukan saya ketika saya mendakwa ada mazhab yang berpendapat khitan bagi perempuan tidak wajib. Kedua, beliau mengatakan bahawa menurut salah seorang ustaz selebriti (beliau kemudiannya post kembali link youtube ceramah seorang ustaz selebriti), mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali berpendapat khitan bagi perempuan wajib, sedangkan mazhab Maliki berpendapat berdosa sekiranya tidak dikhitankan. Ustaz selebriti tersebut tidak menyebut tentang pendapat mazhab Hanafi.

 

Beliau kemudiannya mengajak saya berpegang kepada jumhur `ulama’ (mazhab Asy-Syafi`i, Hanbali, dan Maliki) yang berpendapat khitan bagi perempuan adalah wajib. Katanya lagi, dalam bab hukum kita tidak boleh ulas sendiri, lebih baik kita ikut `ulama’.

 

Setelah saya sampai ke pejabat (saya tidak berada di klinik kerana terlibat dengan bilik gerakan di Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan siasatan kes HFMD di lapangan), saya terus membelek kitab Al-Mughni (versi pdf), untuk memastikan bahawa ingatan saya tidak salah. Alhamdulillah, setelah saya periksa, memang jelas lagi terang disebutkan oleh Ibn Qudamah (`ulama’ mazhab Al-Hanabilah, pengarang kitab Al-Mughni) bahawa menurut mazhabnya, khitan adalah wajib bagi lelaki, sedangkan tidak bagi perempuan.

 

Saya mengambil langkah untuk membuat print-screen halaman tersebut, dan saya post ke WhatsApp group tersebut. Saya berikan sedikit terjemahan ringkas terhadap teks yang berkaitan.

 

Namun, amat menyedihkan apabila rakan saya tersebut masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mazhab Al-Hanabilah tidak mewajibkan khitan bagi perempuan. Seolah-olah baginya, kata-kata ustaz selebriti itu (yang mendakwa mazhab Al-Hanabilah mewajibkan khitan bagi wanita) lebih tepat berbanding kalam Ibn Qudamah sendiri (`ulama’ mazhab Al-Hanabilah yang dii`tiraf).

 

Lebih menyedihkan apabila rakan saya mengatakan “Nak ulas hadis kena pakar hadis, takut tak sempurna ulasan kita.”

 

Lebih menyedihkan lagi apabila beliau sekali lagi mengutamakan ustaz selebriti tersebut berbanding Ibn Qudamah.

 

Lebih amat menyedihkan lagi apabila beliau mengakhiri diskusi tersebut dengan kata-kata: “Kita cari ilmu kena berguru.”

 

Terdapat beberapa pengajaran yang ingin saya simpulkan berkenaan peristiwa semalam:

 

Pertama, kita tidak sepatutnya berkeras dalam isu khilaf mu`tabar. Setiap individu berhak memilih pendapat yang diyakini lebih kuat dalam isu tersebut.

 

Kedua, apabila saya menukilkan pendapat Al-Hanabilah begini dan begini, bukanlah bererti saya mentarjihkan pendapat Al-Hanabilah. Saya sekadar menukilkan pendapat, belum tentu pendapat itu yang menjadi pegangan saya.

 

Saya bawakan satu contoh, sekiranya anda tidak suka dengan pandangan bos anda, anda boleh mengatakan: “Bos saya berpandangan bahawa JKLM, tapi saya tak setuju dengan pandangan tersebut.” Anda tidak sepatutnya mengatakan: “Bos saya tidak pernah berpandangan bahawa JKLM.” Itu adalah satu bentuk penafian.

 

Kita bukannya berbicara tentang pendapat mana yang paling tepat, tetapi kita berbicara tentang pendapat mana yang menjadi pilihan mazhab tersebut.

 

Ketiga, apabila kita ingin menyebutkan satu pendapat fiqh, seboleh-bolehnya rujuklah kitab mazhab yang mu`tabar dalam isu tersebut. Ini akan mengurangkan kesilapan kita dalam menukilkan pendapat `ulama’.

 

Keempat, janganlah kita terlalu taksub dengan seorang ustaz. Seorang manusia tidak mungkin akan terlepas daripada kesilapan dan kesalahan, sama ada kecil atau besar. Sangat mengecewakan apabila berlaku percanggahan fakta antara tulisan seorang `ulama’ mazhab dengan kata-kata seorang ustaz selebriti, kita lebih memilih pendapat ustaz selebriti.

 

Adakah patut kita menganggap tulisan seorang `ulama’ mu`tabar, yang dii`tiraf kitabnya sebagai kitab rujukan mazhab, tersalah dalam menukilkan pendapat mazhabnya sendiri? Tak tercapai akalku!

 

Secara logiknya, sekiranya kitab `ulama’ tersebut ada kesilapan dan kesalahan yang berat (salah menukilkan fakta), kenapa para `ulama’ lain tetap mengi`tiraf kitab tersebut, bahkan para `ulama’ terus menerus menjadikan kitab tersebut sebagai rujukan?

 

Kelima, pendapat jumhur belum tentu pendapat yang paling tepat (walaupun tidak dinafikan bahawa kebanyakannya memang tepat).

 

Keenam, gelaran “ustaz” tidaklah menjadikan individu tersebut sebagai pakar hadits. Ustaz selebriti yang menjadi rujukan rakan saya memang terkenal sebagai seorang pendakwah, namun di bidang hadits, ustaz selebriti ini bukanlah seorang yang seharusnya dijadikan rujukan.

 

Ada ustaz selebriti yang mampu mengajar tajwid, namun beliau suka menyebutkan riwayat-riwayat yang pelik dan ajaib.

 

Ada ustaz selebriti yang mampu memberikan motivasi yang sangat berkesan, namun beliau sering kali menyebutkan riwayat-riwayat yang tidak shahih.

 

Gelaran “ustaz” bukanlah lesen untuk menjadikan seseorang individu pakar dalam semua bidang agama. Mungkin seorang ustaz mahir dalam bidang hadits, mungkin beliau kurang mahir dalam bidang tafsir. Mungkin seorang ustaz mahir dalam bidang fiqh, mungkin beliau kurang mahir dalam bidang qira’at.

 

Ketujuh, saya setuju apabila rakan saya menyebutkan cari ilmu haruslah berguru. Namun, janganlah kita hanya taksub kepada seorang guru.

 

Mungkin guru tersebut tersalah fakta seperti dalam kes ini.

 

Mungkin guru tersebut hanya menukilkan salah satu pendapat sahaja, sehinggakan kita menganggap hanya 1 pendapat itu sahaja yang wujud.

 

Mungkin guru tersebut hanya cenderung kepada pendapat yang dipegangnya sehinggakan kita menganggap hanya pendapat itu sahaja yang diterima di sisi `ulama’.

 

Oleh itu, carilah ilmu daripada guru yang ramai. Ikhlaskan niat untuk belajar demi kefahaman, bukan untuk berdebat, bukan untuk disanjungi. Belajarlah untuk mendengar pendapat-pendapat yang berbeza, jangan terlalu cepat menutup pintu hati. Belajarlah untuk menerima khilaf-khilaf yang mu`tabar tanpa memaksa orang lain menerima pendapat kita sahaja.

 

Saya rasa cukup sampai di sini sahaja untuk kali ini, mungkin lebih baik sekiranya saya memberikan tumpuan kepada siasatan kes HFMD yang semakin rancak di daerah Setiu. Segala salah dan silap saya pohon sejuta kemaafan. Sekian.

 

KAMI SEDIA MEMBANTU

 

Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim

Pegawai Perubatan & Kesihatan

Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu

Advertisements
Comments
  1. Kitab muktabar pun dorang tak caya.ust selebriti nmpknya lebih muktabar
    Gelak pun ade,geram pun ade bc diskusi tu .
    BarakaLlahu fik Doc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s