Archive for December, 2016

Roti Titab?

Posted: December 30, 2016 in #kenalquransunnah, Fiqh (Umum)
Hari ini, 30 Disember 2016, sekali lagi kami singgah ke Kopitiam Kita untuk sarapan pagi. Antara menu yang kami pesan: Roti titab. SEDAP. Tapi MANIS.
 
Satu lagi isu dengan roti titab adalah cara makan. Tidak dapat dinafikan telah menjadi IJMA` seluruh umat bahawa roti titab ditelan melalui mulut, namun terdapat khilaf di kalangan umat dalam bab tangan mana yang menyuapnya ke dalam mulut; tangan KANAN atau tangan KIRI.
 
Alhamdulillah, saya dan isteri memilih pendapat yang mengatakan hendaklah menyuapnya dengan tangan KANAN. Pendapat ini juga dipilih oleh kedua-dua mertua saya, serta adik ipar saya (sebagaimana yang saya perhatikan tadi). Namun, di luar sana masih ada segelintir umat Islam yang memilih pendapat menggunakan tangan KIRI untuk menyuap. Mungkin kerana itulah etika ketika makan; pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri.
 
Mengapa saya memilih tangan KANAN untuk menyuap? Sebab ada beberapa hadits dalam bab ini.
Advertisements

Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas:

Hari ini, 8 Disember 2016, saya diminta untuk menyampaikan satu tazkirah dalam perhimpunan bulanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, di hadapan staf-staf daripada semua unit. Saya dimaklumkan tentang tugasan ini 2 hari yang lepas. Dalam kepala saya, muncul beberapa topik yang boleh saya sampaikan dalam sesi tazkirah tersebut. Agak pening untuk memilih topik yang menarik.

 

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai point utama saya. Saya mulakan tazkirah dengan membaca ayat tersebut, kemudian saya bacakan pula terjemahannya.

 

“Kitab ini (Al-Qur’an) tiada keraguan padanya, PETUNJUK BAGI ORANG YANG BERTAQWA.”

 

Kemudian, saya lontar beberapa persoalan:

  • Umat Islam di Malaysia kebanyakannya telah diperkenalkan kepada Al-Qur’an dalam usia yang muda, kenapa sebahagian daripada kita seolah-olah langsung tidak mendapat petunjuk daripadanya?
  • Kita diajarkan membaca Al-Qur’an sejak kecil, tetapi kenapa apabila meningkat dewasa, iman kita seolah-olah tidak bertambah? Bahkan, sebahagian daripada kita semakin teruk perangainya.
  • Kenapa orang yang dibesarkan dalam agama Kristian, atau Buddha, atau Hindu, apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mantap pegangan agamanya berbanding kita, yang dibesarkan dalam agama Islam? Sekiranya dibandingkan, sudah pasti tempoh kita berinteraksi dengan Al-Qur’an lebih lama berbanding mereka.
  • Adakah Al-Qur’an yang kita gunakan berbeza dengan Al-Qur’an yang mereka gunakan, sehingga mereka menjadi lebih mantap imannya?

 

(more…)