Banyak isu yang timbul kebelakangan ni, cuma tak sempat nak kongsikan semuanya. Antara yang agak mengejutkan adalah apabila ada orang bertanya: “Apa hukum solat berimamkan seorang yang berakidah Asya`irah?
Solatnya akan jadi kurang kualiti ke?”
.
Saya agak terkejut apabila membaca soalan ini di salah satu group Telegram. Kenapa isu ini boleh timbul? Apa kedudukan golongan Asya`irah-Maturidiyyah di sisi individu yang bertanya, seolah-olah solat kedua-dua golongan tersebut bermasalah.
.
Bagaimana pula dengan para a’immah daripada kedua-dua golongan ini; An-Nawawi, Ibn Hajar Al-`Asqalani? Adakah solat mereka juga bermasalah?
.
Bagaimana pula dengan para asatidzah kita yang berpegang kepada Asya`irah-Maturidiyyah; SS Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli al-Bakri, Ustaz Aizam Mas’ud? Adakah solat mereka juga bermasalah?
.
Bersederhanalah dalam berbeza pendapat. Saya syorkan bagi sesiapa yang ada kelapangan, sila luangkan sedikit masa untuk mendengar penjelasan para asatidzah tentang Asya`irah-Maturidiyyah. Boleh cari ceramah-ceramah Ustaz Aizam, Maulana Asri, dll di Youtube, kemudian betulkan persepsi kita terhadap golongan Asya`irah-Maturidiyyah.
.
Sesungguhnya mereka juga sebahagian daripada Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah.