Tak Ikut Sunnah = Amal Bid`ah?

Posted: September 29, 2017 in Manhaj Umum, Realiti Umat

SATU post yang saya baca di salah satu group Telegram (dengan sedikit suntingan):

Bukankah kalau tak ikut sunnah, maka ia menjadi bid`ah?

Menurut apa yang saya diberitahu oleh rakan-rakan, amalan terbahagi kepada 2: amalan sunnah dan amalan bukan sunnah.

Kalau kita buat amalan yang Nabi ﷺ buat, maka kita telah mengikuti sunnah.

Sebaliknya kalau kita tak buat seperti yang Nabi ﷺ buat, maka amalan itu adalah tak sunnah (bahasa kasarnya bid`ah).

Kalau kita campur aduk antara sunnah dengan bukan sunnah, maka amalan itu juga termasuk dalam kategori bid`ah.

.

Pegangan saya sedikit berbeza dengan pernyataan individu tersebut.

Bagi saya, apabila seseorang meninggalkan amalan sunnah, belum tentu jatuh hukum bid`ah. Contohnya, membaca doa iftitah adalah sunnah menurut jumhur fuqaha’, adakah meninggalkannya bererti melakukan bid`ah? Adakah meninggalkan puasa Isnin dan Khamis juga bererti melakukan bid`ah? Adakah meninggalkan solat sunat rawatib juga bererti melakukan bid`ah?

Bagi saya, meninggalkan amalan-amalan tersebut hanyalah bererti kita meninggalkan amalan-amalan yang afdhal. Saya bukannya menggalakkan orang ramai supaya meninggalkan amalan-amalan tersebut, bukan pula saya meremeh-remehkan isu bid`ah. Saya cuma ingin orang faham definisi sebenar bid`ah. Jangan kita buat satu generalisasi: “tidak mengamalkan amalan sunnah bererti melakukan bid`ah.”

Tidak hairanlah sekiranya ada pihak yang tidak sukakan da`wah rakan-rakan salafi; segelintir daripada kalian sangat mudah melabel sesuatu perkara sebagai bid`ah. Akhirnya, ramai yang menjauhkan diri, sedangkan kalian berbangga-bangga dengan mengatakan: “Da`wah Nabi ﷺ pun ramai yang tolak. Inilah lumrah dalam gerak kerja da`wah.”

Semoga Allah ﷻ memberikan kita kefaqihan dalam memahami agama-Nya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s