BEBERAPA hari yang lalu, satu soalan muncul dalam salah satu group Telegram: Adakah zikir yang tidak shahih daripada Rasulullah ﷺ boleh diamalkan?
Jawapan saya:
- Utamakan zikir-zikir yang shahih terlebih dahulu (kena amalkan yang shahih terlebih dahulu). Kalau yang shahih ditinggalkan tapi zikir rekaan diamalkan, bererti zikir rekaan wajib ditinggalkan.
- Jangan mempromosikan zikir rekaan ini kepada orang lain atau ajak orang lain untuk turut mengamalkannya.
- Jangan amalkan zikir rekaan ini di hadapan orang lain, sehinggakan orang awam menganggap zikir rekaan ini betul-betul ajaran Nabi ﷺ.
- Kena maklumkan kepada orang lain bahawa zikir ini bukan sunnah Rasulullah ﷺ, dan berdosa sesiapa yang sengaja menyandarkannya kepada Nabi ﷺ.
- Kalau tetap ingin mengamalkannya, tidak boleh ada apa-apa i`tiqad dalam minda kita bahawa zikir rekaan ini ada kelebihan, walaupun sedikit.
Wallahu a`lam.