TAJUK: Nota Daripada Tuhan
PENULIS: Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz
.
Satu lagi karya yang menarik daripada Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim dengan tagline “Himpunan Tafsir Al-Quran Ringkas untuk Orang Moden”. Berbeza dengan buku beliau yang pernah saya baca sebelum ini, penulis kali ini menghuraikan kisah Fir`aun dalam beberapa bab yang disusun secara berturut-turut. Begitu juga kisah Nabi Yusuf `alaihi as-salam. Saya berpendapat susunan sebegini lebih menyeronokkan untuk dibaca berbanding cara yang dipaparkan dalam buku beliau yang saya baca sebelum ini -tiada kelangsungan antara satu tajuk dengan tajuk berikutnya-. Selain itu, dalam beberapa tajuk penulis juga membawakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di zaman kita hari ini, kemudian beliau akan mengaitkannya dengan tafsiran ayat-ayat Al-Qur’an tertentu, menjadikan ayat-ayat tersebut “hidup” dalam kehidupan moden kita hari ini. Buku ini sangat disyorkan kepada golongan yang inginkan bacaan yang santai.