Banyak isu yang timbul kebelakangan ni, cuma tak sempat nak kongsikan semuanya. Antara yang agak mengejutkan adalah apabila ada orang bertanya: “Apa hukum solat berimamkan seorang yang berakidah Asya`irah?
Solatnya akan jadi kurang kualiti ke?”

.

Saya agak terkejut apabila membaca soalan ini di salah satu group Telegram. Kenapa isu ini boleh timbul? Apa kedudukan golongan Asya`irah-Maturidiyyah di sisi individu yang bertanya, seolah-olah solat kedua-dua golongan tersebut bermasalah.

.

Bagaimana pula dengan para a’immah daripada kedua-dua golongan ini; An-Nawawi, Ibn Hajar Al-`Asqalani? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bagaimana pula dengan para asatidzah kita yang berpegang kepada Asya`irah-Maturidiyyah; SS Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli al-Bakri, Ustaz Aizam Mas’ud? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bersederhanalah dalam berbeza pendapat. Saya syorkan bagi sesiapa yang ada kelapangan, sila luangkan sedikit masa untuk mendengar penjelasan para asatidzah tentang Asya`irah-Maturidiyyah. Boleh cari ceramah-ceramah Ustaz Aizam, Maulana Asri, dll di Youtube, kemudian betulkan persepsi kita terhadap golongan Asya`irah-Maturidiyyah.

.

Sesungguhnya mereka juga sebahagian daripada Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah.

Roti Titab?

Posted: December 30, 2016 in #kenalquransunnah, Fiqh (Umum)
Hari ini, 30 Disember 2016, sekali lagi kami singgah ke Kopitiam Kita untuk sarapan pagi. Antara menu yang kami pesan: Roti titab. SEDAP. Tapi MANIS.
 
Satu lagi isu dengan roti titab adalah cara makan. Tidak dapat dinafikan telah menjadi IJMA` seluruh umat bahawa roti titab ditelan melalui mulut, namun terdapat khilaf di kalangan umat dalam bab tangan mana yang menyuapnya ke dalam mulut; tangan KANAN atau tangan KIRI.
 
Alhamdulillah, saya dan isteri memilih pendapat yang mengatakan hendaklah menyuapnya dengan tangan KANAN. Pendapat ini juga dipilih oleh kedua-dua mertua saya, serta adik ipar saya (sebagaimana yang saya perhatikan tadi). Namun, di luar sana masih ada segelintir umat Islam yang memilih pendapat menggunakan tangan KIRI untuk menyuap. Mungkin kerana itulah etika ketika makan; pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri.
 
Mengapa saya memilih tangan KANAN untuk menyuap? Sebab ada beberapa hadits dalam bab ini.

Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas:

Hari ini, 8 Disember 2016, saya diminta untuk menyampaikan satu tazkirah dalam perhimpunan bulanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, di hadapan staf-staf daripada semua unit. Saya dimaklumkan tentang tugasan ini 2 hari yang lepas. Dalam kepala saya, muncul beberapa topik yang boleh saya sampaikan dalam sesi tazkirah tersebut. Agak pening untuk memilih topik yang menarik.

 

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai point utama saya. Saya mulakan tazkirah dengan membaca ayat tersebut, kemudian saya bacakan pula terjemahannya.

 

“Kitab ini (Al-Qur’an) tiada keraguan padanya, PETUNJUK BAGI ORANG YANG BERTAQWA.”

 

Kemudian, saya lontar beberapa persoalan:

  • Umat Islam di Malaysia kebanyakannya telah diperkenalkan kepada Al-Qur’an dalam usia yang muda, kenapa sebahagian daripada kita seolah-olah langsung tidak mendapat petunjuk daripadanya?
  • Kita diajarkan membaca Al-Qur’an sejak kecil, tetapi kenapa apabila meningkat dewasa, iman kita seolah-olah tidak bertambah? Bahkan, sebahagian daripada kita semakin teruk perangainya.
  • Kenapa orang yang dibesarkan dalam agama Kristian, atau Buddha, atau Hindu, apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mantap pegangan agamanya berbanding kita, yang dibesarkan dalam agama Islam? Sekiranya dibandingkan, sudah pasti tempoh kita berinteraksi dengan Al-Qur’an lebih lama berbanding mereka.
  • Adakah Al-Qur’an yang kita gunakan berbeza dengan Al-Qur’an yang mereka gunakan, sehingga mereka menjadi lebih mantap imannya?

 

Read the rest of this entry »

alah-bisa-tegal-biasa

Image  —  Posted: November 28, 2016 in Hadits, Renungan

TREND baru di kalangan orang yang suka menyebarkan petua REKAAN yang kelihatan ISLAMIK adalah:

Perbuatan + Ayat Al-Qur’an atau Selawat atau Zikir (dengan bilangan tertentu) + Niat

“INSYA’ALLAH” hajat akan dimakbulkan oleh Allah ﷻ

 

HEBAT! Hanya berbekalkan kalimah “Insya’allah”, semua perkara boleh diamalkan.

 

Contohnnya banyak, antaranya:

  1. Baca surah Thaha kepada anak yang sedang tidur, INSYA’ALLAH hatinya menjadi lembut, degilnya akan berkurang.
  2. Baca surah Yusuf ketika mengandung, INSYA’ALLAH anak akan jadi handsome macam Nabi Yusuf.
  3. Baca ayat 31 surah Ali `Imran, INSYA’ALLAH hati suami hanya akan terpikat kepada kita (para isteri).
  4. Baca surah Al-Masad kalau tangan terkena api, INSYA’ALLAH sakit akan kurang.
  5. Baca ayat 9 surah Yasin, INSYA’ALLAH rumah kita akan “dipagar” daripada pencuri.

Read the rest of this entry »

DUA hari lepas (Ahad), telah berlaku satu perbincangan tentang hukum khitan bagi perempuan dalam salah satu WhatsApp group saya (group locum). Ramai juga rakan doktor saya yang memberikan pendapat masing-masing; sebahagian besarnya menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, namun ada pula yang berpegang dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mengatakan khitan bagi perempuan adalah wajib.

Lalu, beberapa link youtube mula dikongsikan, masing-masing mengajak ahli group mendengar penjelasan daripada beberapa orang ustaz terkenal.

 

Pada mulanya, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, kerana bagi saya, memang isu ini khilaf di kalangan `ulama’, sama ada wajib atau sunat. Tidak salah sekiranya kita ingin mengutarakan pendapat peribadi kita, tetapi jangan sampai mewajibkan orang lain mengikutinya.

 

Namun, ada satu kenyataan daripada salah seorang rakan yang membuatkan saya kurang senang. Katanya, menurut mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali, khitan bagi perempuan adalah wajib.

 

Saya hairan, seingat saya, mazhab Al-Hanabilah menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, berbeza dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mewajibkan khitan kepada lelaki dan perempuan.

.

Read the rest of this entry »

HFMD

Posted: August 19, 2016 in Perubatan

HARI ini (19 Ogos 2016) saya diberikan amanah untuk memberi taklimat tentang HFMD (Hand, Foot, and Mouth Disease – Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut) di Masjid Kg. Saujana (Setiu) kerana terdapat peningkatan mendadak kes HFMD di daerah Setiu. Selain saya, empat (4) orang staf yang lain turut diamanahkan untuk memberikan taklimat di 4 buah masjid yang terpilih di daerah Setiu.

 

Read the rest of this entry »