Archive for the ‘Fiqh Puasa & Ramadhan’ Category

PERJALANAN kita di bulan Sya`ban bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Namun, kemeriahan sambutannya tidak begitu dirasai berbanding tahun-tahun yang lalu kerana berlakunya perubahan yang mengejutkan dalam lanskap politik negara kita.

.

Saya tidak berniat untuk berbicara tentang politik. Fokus penulisan saya kali ini adalah ibadah sepanjang Ramadhan.

.

Minat saya untuk mendalami hukum-hakam fiqh puasa bermula pada tahun 2015. Saya banyak meluangkan masa untuk mencari perbahasan tentang bab ini dalam kitab fiqh, fatwa kontemporari, isu yang dimuatkan dalam akhbar tempatan, dan soalan yang diajukan kepada para asatizah di media sosial.

.

Berdasarkan pemerhatian saya, boleh saya katakan bahawa tidak sedikit kaum muslimin di Malaysia yang menjadikan ibadah di bulan Ramadhan sebagai adat semata-mata. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran, kelebihan, bahkan pengampunan, seolah-olah tidak dihargai dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sehinggakan apabila disebut “bulan Ramadhan”, kita hanya membayangkan lapar, dahaga, dan juadah berbuka puasa.

. (more…)

NISFU Sya`ban telah berlalu. Ramadhan bakal menjelma dalam tempoh lebih kurang 10 hari lagi. Sudah tiba masanya untuk kita kembali mengulang kaji fiqh berkaitan ibadah puasa Ramadhan agar puasa kali ini tidaklah sia-sia; bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa sebarang ganjaran dan pahala. Di sini, saya telah menyenaraikan pautan-pautan mengikut tajuk fiqh yang pernah dibahas oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (http://muftiwp.gov.my/ms/).

 

Sebelum Ramadhan:

 

Persoalan tentang niat puasa:

 

Persoalan umum tentang ibadah puasa Ramadhan:

 

Persoalan tentang hukum-hakam bersahur:

 

Persoalan tentang hukum-hakam ketika sedang berpuasa:

 

Persoalan tentang hukum-hakam berbuka puasa:

 

Solat malam dan Malam Al-Qadr:

 

Zakat fitrah:

 

Setelah berakhir Ramadhan:

 

Perbahasan tentang qadha’, fidyah, kaffarah:

 

Perbahasan tentang hadis-hadis berkaitan Ramadhan atau ibadah puasa:

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Al-Faqir ilallah

Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim

Pegawai Perubatan & Kesihatan

 

Disusun pada 05 Mei 2018 / 19 Sya`ban 1439

SEMALAM ramai yang sibuk bertanya, “Malam ini malam ke-27 ke?”

Apa yang istimewa sangat malam ke-27 Ramadhan? Kebanyakan umat Islam di Malaysia meyakini bahawa malam ke-27 Ramadhan biasanya merupakan malam Al-Qadar. Malah, tidak sedikit yang meninggalkan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, namun hanya bersungguh-sungguh beribadah pada malam ke-27. Apabila berlalu malam ke-27, mereka akan kembali meninggalkan ibadah pada malam-malam yang masih berbaki.

Adakah mereka benar-benar yakin mereka tidak akan terlepas peluang untuk merebut malam Al-Qadar, hanya dengan menumpukan ibadah pada malam ke-27? Apakah yang menyebabkan mereka begitu yakin malam Al-Qadar tahun ini jatuh pada malam ke-27.

Izinkan saya untuk memberi sedikit perkongsian. Dalam beberapa hadits shahih, Rasulullah ﷺ telah memberikan petunjuk secara umum tentang malam Al-Qadar. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh isteri baginda, Ummu Al-Mu’minin `A’isyah radhiyallahu `anha, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2017), Muslim (1169), At-Tirmidzi (792)

 

Namun, sebahagian hadits secara jelas menyebutkan malam Al-Qadar jatuh pada malam ke-21 Ramadhan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri radhiyallahu `anhu:

(more…)

Solat Tarawih?

Posted: June 13, 2015 in Fiqh Puasa & Ramadhan

ADA yang bertanya: Ada sesiapa yang boleh kongsikan nota cara mengerjakan solat tarawih mengikut sunnah?”

Jawapan saya:

= = = = = = = = = =

1. Solat malam hendaklah dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan, bukan sekadar dilakukan atas dasar adat semata-mata.

من قام رمضانَ إيمانًا واحتسابًا، غُفِرَ له ما تقدَّمَ من ذنبِه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 37 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Sesiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 37

= = = = = = = = = =

2. Solat malam dilakukan 2 raka`at, 2 raka`at, kemudian diakhiri dengan witir paling kurang 1 raka`at.

صلاةُ الليلِ مَثْنى مَثْنى. فإذا رأيتَ أنَّ الصبحَ يُدركُك فأَوتِرْ بواحدةٍ. فقيل لابنِ عمرَ: ما مَثْنَى مَثْنَى؟ قال: أن تُسلِّمَ في كلِّ ركعتَينِ
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 749 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at. Apabila engkau lihat Subuh akan masuk, lakukanlah solat witir satu raka`at.” Ibn `Umar ditanya: “Apa maksud 2 raka`at, 2 raka`at?” Jawabnya: “Engkau memberi salam setiap 2 raka`at.” – Shahih Muslim, no. 749

= = = = = = = = = =

(more…)

Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi » Kitab Shaum » Bab tentang bersiwak bagi orang berpuasa

Hadits # 725/734:

Daripada `Amir bin Rabi`ah radhiyallahu `anhu, katanya: «Aku sering melhat Nabi shallallahu `alaihi wasallam bersiwak ketika baginda sedang berpuasa.»

* Status: Dha`if kerana perawi bernama `Ashim bin `Ubaidillah.

* Hadits `Amir bin Rabi`ah juga diriwayatkan oleh Abu Dawud (2364).

* Kata At-Tirmidzi selepas menyebutkan hadits ini: “Para `ulama’ mengamalkan hadits ini, mereka berpendapat bersiwak bagi orang berpuasa tidak mengapa (tidak batal puasanya), kecuali sebahagian `ulama’ tidak menyukai orang berpuasa bersiwak dengan kayu `ud (kayu siwak) yang basah, dan mereka juga tidak menyukai bersiwak pada waktu petang. Adapun Asy-Syafi`i berpendapat bersiwak tidak mengapa sama ada waktu pagi atau petang. Adapun Ahmad dan Ishaq tidak menyukai bersiwak pada waktu petang.”

Ada hadits yang shahih dalam bab ini, iaitu hadits Abu Hurairah, Sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam: «Sekiranya tidak memberatkan umatku, pasti akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali ingin solat.»

* Hadits Abu Hurairah diriwayatkan oleh Al-Bukhari (887), Muslim (252), Abu Dawud (46), Ibnu Majah (287), At-Tirmidzi (22), An-Nasa’i (7) dan ini adalah lafaznya.

KESIMPULAN:

1 – Kalau ada keperluan untuk gosok gigi pada waktu petang ketika berpuasa (bangun daripada tidur, ingin bertemu kawan, dll), mungkin ada baiknya kalau kita memilih pendapat Imam Asy-Syafi`i dalam masalah ini.

2 – Kalau tiada keperluan, silalah pilih pendapat Imam Asy-Syafi`i atau pendapat Imam Ahmad. Lagipun Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana hadits shahih yang mengatakan bau mulut orang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada bau kasturi.

Oleh:

Adli Khalim
27 Julai 2012
Kota Bharu, 16:18

“Sesiapa yang mengerjakan solat bersama imam sehingga imam selesai, dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman.”

# Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dalam Al-Jami` Al-Mukhtashar, Kitab Ash-Shaum, Bab tentang Qiyam di bulan Ramadhan, hadits no. 806 (penomboran Al-Albani) no. 817 (penomboran Al-Arna’uth), kata At-Tirmidzi: Hadits ini hasan shahih.

# Kesimpulan: Solat dengan imam sampai selesai. Kalau tarawih nak buat 20, tapi imam buat 8, solat sampai selesai dulu di masjid. Sampai rumah sambung balik secukup rasa.

 

Oleh:

Adli Khalim
22 Julai 2012
Kota Bharu, 14:15

– HAIRAN apabila melihat suatu golongan yang bersungguh-sungguh mempertahankan “tarawih 20 raka`at”, namun sayang 20 raka`at tersebut hanyalah angka semata-mata.

– Imam membaca dengan cepat [menyambung beberapa ayat dalam surah Al-Fatihah dalam satu nafas].

– 2 raka`at pertama: At-Takatsur [surah 102] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at kedua: Al-`Ashr [surah 103] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at ketiga: Al-Humazah [surah 104] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at keempat: Al-Fil [surah 105] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at kelima: Quraisy [surah 106] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at keenam: Al-Ma`un [surah 107] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at ketujuh: Al-Kautsar [surah 108] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at kelapan: Al-Kafirun [surah 109] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at kesembilan: An-Nashr [surah 110] – Al-Ikhlash [surah 112].

– 2 raka`at terakhir: Al-Lahab [surah 111] – Al-Ikhlash [surah 112].

– Antara 2 raka`at akan diselangi dengan “jeritan” so-called “shalawat” [walau pun sangat tak jelas apa yang diungkapkan, ditambah lagi dengan sahutan para jama`ah, yang juga tidak jelas laungannya, hanya kedengaran “`Alaih!”, “`Alaih!”].

– Seolah-olah tarawih 20 raka`at hanyalah salah satu adat di sisi mereka, yang mereka harus selesaikan secepat mungkin pada setiap malam.

– Ingatlah pesanan Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم – المصدر: صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم: 759
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Terjemahan: [Daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:] Sesiapa yang mendirikan [malam-malam] Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan [untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah], diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

 

Oleh:
Adli Khalim
2 Ogos 2011
Jakarta Utara, 22:10

SERING kita dengar dalam masyarakat kita bahawa makruh untuk menggosok gigi pada waktu petang ketika kita berpuasa. Adakah benar wujudnya larangan ini dalam Al-Qur’an atau pun As-Sunnah?

 

Berikut adalah penjelasannya:

 

لولا أن أشق على أمتي ، لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: صحيح النسائي – الصفحة أو الرقم: 7
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

(more…)

* Sahur  tidak wajib tetapi sangat dianjurkan kerana padanya ada berkah.

* Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasanya melewatkan sahurnya.

* Tempoh waktu antara sahur baginda dan solat Subuh adalah sekitar bacaan 50 ayat Al-Quran.

* Waktu “Imsak” [sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Islam di Malaysia] tidak pernah wujud di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

* Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya seseorang berhenti makan dan minum sebelum azan berkumandang sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi kita tidak boleh menghalang orang lain daripada makan dan minum sebelum azan berkumandang hanya kerana waktu “Imsak” sudah tiba.

* Sesiapa yang terjaga daripada tidurnya beberapa minit sebelum masuknya waktu Subuh [masih dalam waktu “Imsak”], hendaklah dia bersahur kerana itu adalah sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia tidak perlu menghiraukan larangan untuk makan dan minum dalam waktu “Imsak.”


Oleh: Adli Khalim [Karawang, 17/08/10, 05:06]

* Niat [termasuk niat untuk puasa, solat, dll] tidak perlu dilafazkan, bahkan sebahagian ahli ilmu menganggapnya [melafazkan niat] sebagai bid’ah.

* Ajaran melafazkan niat – pada pandangan peribadi saya – lebih menyusahkan orang awam, terutama apabila seseorang ingin mendirikan solat jama’ dan qashar [ini adalah pengalaman saya sendiri suatu ketika dahulu].

* Perbahasan ini [melafazkan niat] tidak wujud di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

* Apabila Rasulullah menyentuh tentang niat, tiada seorang pun daripada kalangan sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in yang bertanya kepada Rasulullah tentang tatacara berniat.

* Apabila seseorang bersahur, kemudian dia menahan dirinya daripada makan dan minum beberapa ketika sebelum azan Subuh dikumandangkan, cukuplah itu dikira sebagai niat untuk berpuasa.

* Niat berpuasa Ramadhan boleh dilakukan untuk sebulan sekali gus, kerana hadits yang menyebut tidak sah puasa orang yang tidak berniat sebelum waktu fajar adalah hadits yang bermasalah [sila rujuk entry Hadits Ma’lul Seputar Puasa dan Ramadhan, hadits yang pertama].


Oleh: Adli Khalim [Karawang, 16/08/10, 06:27]