Archive for the ‘Fiqh Solat’ Category

TIMBUL satu persoalan daripada seorang guru Maahad Tahfiz. Beliau ingin menggalakkan pelajarnya untuk membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan ketika mengimami solat Subuh di pagi Juma`at untuk melazimi sunnah Rasul ﷺ, dan sesekali beliau akan meminta pelajarnya untuk memilih surah lain supaya amalan tersebut tidak dianggap sebagai suatu kewajipan. Sehinggalah baru-baru ini, seorang ahli jama`ah menegur dan meminta agar tidak lagi dibaca surah As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat Subuh di pagi Juma`at kerana sebahagian ahli jama`ah terpaksa berkejar untuk keluar bekerja. Beliau bertanya, adakah salah sekiranya beliau menolak permintaan ahli jama`ah tersebut dan mencadangkannya untuk solat Subuh di pagi Juma`at di surau lain, atau solat Subuh di rumah sahaja pada hari Juma`at? Bagi beliau, tidak patut sunnah sebegini ditinggalkan hanya untuk memuaskan hati seorang dua yang boleh memilih alternatif lain jika tidak mahu mengejar sunnah bersama mereka.

(more…)

KETIKA berbincang tentang tempat mengangkat tangan dalam solat, muncul satu soalan: Bagaimana dengan mengangkat tangan ketika bangun daripada raka`at kedua?

Jawapannya adalah sebagaimana berikut:

Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya (hadits no. 741):

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، ” أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ ، وَإِذَا قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ رَفَعَ يَدَيْهِ ” ، وَيَرْفَعُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah bercerita kepada kami Nashr bin `Ali, telah mengkhabarkan kepada kami `Abd Al-A`la, telah bercerita kepada kami `Ubaidullah, daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar, bahawa apabila beliau (Ibn `Umar) memulakan solat, beliau bertakbir, dan mengangkat kedua-dua tangannya, dan apabila ruku`, dan apabila berkata: “Sami`allah li man hamidahu (Allah mendengar orang yang memuji-Nya),” dan apabila bangkit daripada dua raka`at beliau mengangkat kedua-dua tangannya. Ibn `Umar memarfu`kan perbuatan ini kepada Rasulullah ﷺ.

(more…)

S1: Sekiranya kita menjadi imam solat, selepas memberi salam kita membaca wirid. Setelah habis membaca wirid kedua “La ilahailallah wahdahu La syarikalahu…”, kita disunatkan untuk mengalihkan kedudukan sedikit ke kanan. Betulkah?

 

S2: Sekiranya betul, ada orang mengatakan, Nabi selepas beralih arah dari kiblat, (ke kanan atau mengadap makmum), Nabi tidak berdoa kerana sudah tidak mengadap ke arah kiblat. Betulkah?

 

بسم الله الرحمـن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، وبعد

 

J1: Apabila kita merujuk kepada beberapa riwayat yang berbeza, kita akan mendapati bahawa kadang-kadang Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menghadap ke arah kanan, kadang-kadang ke arah kiri, kadang-kadang menghadap para ma’mum (yakni menghadap ke arah belakang), dan kadang-kadang baginda terus bangun meninggalkan tempat solat.

 

Dalil yang menunjukkan bahawa baginda ﷺ menghadap ke arah kanan adalah sebagaimana berikut:

عَنِ السُّدِّيِّ، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسًا: كَيْفَ أَنْصَرِفُ إِذَا صَلَّيْتُ، عَنْ يَمِينِي أَوْ عَنْ يَسَارِي؟ قَالَ: أَمَّا أَنَا، فَأَكْثَرُ مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ

Daripada As-Suddi, katanya: Aku bertanya kepada Anas: “Bagaimana aku harus berpaling selepas solat; ke arah kananku atau ke arah kiriku?” Anas menjawab: “Apa yang aku lihat Rasulullah ﷺ sering kali menghadap ke arah kanannya.”

Diriwayatkan oleh Muslim (708), An-Nasa’i (1359). Status: Shahih.

 

Dalil yang menunjukkan bahawa baginda ﷺ menghadap ke arah kiri pula adalah sebagaimana berikut:

قَالَ عَبْدُ اللهِ: لَا يَجْعَلْ أَحَدُكُمْ لِلشَّيْطَانِ شَيْئًا مِنْ صَلَاتِهِ، يَرَى أَنَّ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ لَا يَنْصَرِفَ إِلَّا عَنْ يَمِينِهِ، لَقَدْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ ﷺ كَثِيرًا يَنْصَرِفُ عَنْ يَسَارِهِ

Kata `Abdullah (yakni Ibnu Mas`ud): “Janganlah kalian memberikan ruang kepada syaitan untuk mengganggu solatnya. Dia menganggap bahawa seseorang tidak boleh berpaling kecuali ke arah kanan. Aku melihat Nabi ﷺ banyak berpaling ke arah kirinya.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (852), Muslim (707), An-Nasai (1360).

 

Kedua-dua hadits di atas tidaklah saling bercanggahan. Pertama, kedua-dua sahabat Nabi ﷺ ini, iaitu Anas bin Malik dan `Abdullah bin Mas`ud – radhyillahu `anhuma – menyatakan apa yang mereka sendiri perhatikan. Kedua, kata-kata Ibnu Mas`ud di atas adalah sanggahan beliau terhadap pihak yang seolah-olah mewajibkan berpaling ke arah kanan sahaja.

 

Dalil yang menunjukkan bahawa baginda ﷺ menghadap ke arah ma’mum (menghadap ke belakang) pula adalah sebagaimana berikut:

 

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ ﷺ إِذَا صَلَّى صَلَاةً أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ

Daripada Samurah bin Jundab, katanya: “Ada pun Nabi ﷺ apabila selesai mengerjakan solat, baginda memalingkan wajahnya ke arah kami.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (845). Status: Shahih.

 

Dalil yang menunjukkan bahawa baginda ﷺ terus bangun daripada tempat solat pula adalah sebagaimana berikut:

عَنْ عُقْبَةَ، قَالَ: صَلَّيْتُ وَرَاءَ النَّبِيِّ ﷺ بِالْمَدِينَةِ الْعَصْرَ، فَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ مُسْرِعًا فَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ إِلَى بَعْضِ حُجَرِ نِسَائِهِ، فَفَزِعَ النَّاسُ مِنْ سُرْعَتِهِ، فَخَرَجَ عَلَيْهِمْ فَرَأَى أَنَّهُمْ عَجِبُوا مِنْ سُرْعَتِهِ، فَقَالَ: ذَكَرْتُ شَيْئًا مِنْ تِبْرٍ عِنْدَنَا، فَكَرِهْتُ أَنْ يَحْبِسَنِي، فَأَمَرْتُ بِقِسْمَتِهِ

Daripada `Uqbah, katanya: Aku pernah solat `Ashar di belakang Nabi ﷺ di Madinah. Selepas memberi salam, baginda bangkit secara tergesa-gesa, lalu melangkah bahu orang ramai menuju ke sebahagian bilik isterinya. Lalu orang ramai menjadi hairan dengan ketergesaan baginda. Lalu baginda keluar berjumpa dengan mereka, dan baginda melihat orang ramai berasa hairan dengan ketergesaannya, lalu baginda berkata: “Aku teringatkan sejongkong emas yang ada bersama kami, aku tidak suka perkara ini merisaukanku, jadi aku perintahkan supaya emas itu dibahagikan.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (851), An-Nasa’i (1365). Status: Shahih.

 

Hadits `Uqbah ini menjadi dalil bahawa tidak mengapa sekiranya seseorang meninggalkan jama`ah sejurus setelah memberikan salam dalam solat, walaupun ini bukanlah menjadi amalan kebiasaan baginda ﷺ (kerana kejadian ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai).

 

Telah silap pihak yang mendakwa orang yang meninggalkan jama`ah tanpa berdoa bersama imam dianggap tidak menghormati Allah ﷻ, kerana sekiranya dibandingkan antara menghormati Allah dan bersedekah, sudah tentu menghormati Allah lebih diutamakan. Namun, perbuatan Rasulullah ﷺ menunjukkan sebaliknya.

 

J2: Wallahu a`lam, saya tidak mengetahui adanya doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ selepas salam. Apa yang sampai kepada kita hanyalah doa-doa yang diajarkan dalam tahiyyat yakni sebelum memberi salam, dan wirid-wirid yang dibaca selepas memberi salam.

 

Wallahu a`lam.

BERIKUT saya bawakan ringkasan kajian hadits Masbuq dalam Solat oleh Dr. Mahir Yasin Al-Fahl.

Kajian ini berkisar sekitar hadits berikut:

 

(more…)

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 279-280.

 

 

PARA `ulama berbeza pendapat tentang bolehnya muadzin berbicara ketika azan dan iqamah dikumandangkan. Penulis membawakan empat pendapat `ulama dalam masalah ini. Pendapat yang manakah yang lebih mendekati sunnah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam? Apakah dalil yang menjadi pegangan para `ulama dalam masalah ini?

 

 

 


 

Oleh:
Adli Khalim
15 Februari 2011
Jakarta Barat, 10:35

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 496.

 

 

APABILA kita melakukan solat jama’ taqdim [menjama’kan solat Zuhur dan ‘Ashar dalam waktu Zuhur, atau menjama’kan solat Maghrib dan ‘Isya dan waktu Maghrib], biasanya tiada masalah yang timbul kerana biasanya kita akan mendahulukan solat Zuhur atau Maghrib terlebih dahulu. Namun, apabila kita melakukan solat jama’ ta’khir, timbul persoalan adakah kita boleh mendahulukan solat Zuhur atau Maghrib atas dasar mengikut tertib asal? Atau pun perlukah kita mendahulukan solat ‘Ashar atau ‘Isya sebagai menghormati waktu solat tersebut?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 22/01/11, 11:45]

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 490-491.

 

 

DALAM perbahasan ini [bolehkan orang yang bermusafir mengerjakan solat nafilah – sama ada solat rawatib atau pun solat sunat yang lain], penulis membawakan lima pendapat ‘ulama. Bagaimanakah sikap para ‘ulama ketika berhadapan dengan dalil-dalil yang secara zahirnya seolah-olah bertentangan antara satu sama lain? Pendapat yang manakah lebih mendekati kebenaran?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 17/01/11, 11:20]

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 479-481.

 

 

PARA ‘ulama berbeza pendapat tentang batasan safar, yakni jarak yang ditempuh bagi seseorang individu sehingga dia diberikan keringanan untuk menqasharkan solat. Penulis membawakan tiga pendapat ‘ulama beserta dalil dan hujah mereka. Pendapat yang manakah yang lebih mendekati kebenaran? Atas dasar apakah dalil dan hujah bagi pendapat lain ditolak?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 16/01/11, 17:00]

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 537-540.

 

 

PARA ‘ulama berbeza pendapat tentang makmum yang solat bersendirian di belakang saf. Penulis membawakan tiga pendapat ‘ulama [beserta dalil dan hujah] dalam masalah ini. Pendapat yang manakah yang lebih mendekati sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Apakah yang seharusnya dilakukan oleh makmum dalam kondisi seperti ini? Adakah dia harus menarik makmum yang berada dalam saf di hadapannya untuk membentuk saf baru? Apakah pandangan ‘ulama dalam masalah tersebut [masalah menarik makmum yang berada dalam saf hadapan]?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 09/01/11, 10:21]

PERLUKAH kita melihat ke tempat sujud ketika solat?

 

قلنا لخباب: أكان الرسول صلى الله عليه وسلم يقرأ في الظهر والعصر؟ قال : نعم، قلنا: بم كنتم تعرفون ذاك؟ قال: بإضطراب لحيته.
الراوي: خباب بن الأرت المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 746
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: [Daripada Abu Ma’mar, katanya:] Kami bertanya kepada Khabbab: “Adakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca surah dalam solat Zhuhur dan ‘Ashar?” Dia menjawab: “Ya.” Kami bertanya lagi: “Bagaimana kalian mengetahui tentang itu?” Dia menjawab: “Daripada gerakan janggut baginda.”

 

(more…)