Archive for the ‘Fiqh Thaharah’ Category

.

Untuk slaid penuh, sila klik di sini: MUATTURUN

APAKAH yang perlu dilakukan sekiranya seseorang tidak memperolehi air untuk berwudhu’ atau pun tanah untuk bertayammum?

Berikut adalah hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada beberapa tempat dalam kitab shahihnya, antaranya bawah bab: باب إذا لم يجد ماء ولا ترابا – Jika Seseorang Tidak Mempunyai Air atau pun Tanah.

(more…)

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 74-75.

 

 

PARA `ulama’ berbeza pendapat tentang status kesucian air mani: adakah mani dianggap suci atau najis? Perbahasannya berkisar tentang riwayat-riwayat daripada `Aisyah radhiyallahu `anha yang secara zahirnya kelihatan seperti bercanggah. Bagaimanakah sikap para `ulama’ ketika berhadapan dengan riwayat-riwayat ini? Pendapat yang manakah yang lebih mendekati kebenaran?

 

 

 

 

Oleh:
Adli Khalim
27 Februari 2011
Jakarta Barat, 14:35

WAJIBKAH berwudhu` untuk membaca Al-Quran?

 

أنه بات ليلة عند ميمونة زوج النبي صلى الله عليه وسلم، وهي خالته، فاضطجعت في عرض الوسادة، واضطجع رسول الله صلى الله عليه وسلم وأهله في طولها، فنام رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى إذا انتصف الليل، أو قبله بقليل أو بعده بقليل، استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده، ثم قرأ العشر الآيات الخواتم من سورة آل عمران، ثم قام إلى شن معلقة، فتوضأ منها فأحسن وضوءه، ثم قام يصلي. قال ابن عباس: فقمت فصنعت مثل ما صنع، ثم ذهبت إلى فقمت إلى جنبه، فوضع يده اليمنى على رأسي، وأخذ بأذني اليمنى يفتلها، فصلى ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم أوتر، ثم اضطجع حتى أتاه المؤذن، فقام فصلى ركعتين خفيفتين، ثم خرج فصلى الصبح.
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 183
خلاصة حكم المحدث: صحيح

(more…)

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 75-77 .

 

 

PARA ‘ulama berbeza pendapat tentang kesucian arak. Penulis membawakan dalil dan hujah bagi kedua-dua pihak [pihak yang mengatakan arak najis, dan pihak yang mengatakan arak suci]. Dalil dan hujah pihak manakah yang lebih kuat?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 23/01/11, 07:15]

[SFS] Sunan Al-Fitrah

Posted: January 13, 2011 in Fiqh Thaharah

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 97-103.

 

 

PERNAHKAH anda mendengar tentang sunan al-fitrah? Apa sahaja perbuatan yang termasuk dalam sunan al-fitrah sebagaimana yang disebutkan dalam hadits-hadits shahih? Penulis menyebutkan tiga pendapat ‘ulama dalam masalah kewajipan khitan bagi lelaki dan perempuan. Pendapat yang manakah yang lebih mendekati kebenaran? Bilakah kita dianjurkan untuk bersiwak? Bolehkah bersiwak dengan menggunakan selain daripada kayu siwak? Adakah amalan-amalan seperti memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan harus dilakukan pada hari tertentu sahaja? Apakah hukum memelihara janggut? Bagaimana pula sikap penulis terhadap pendapat yang mengatakan dibolehkan memotong janggut sekiranya melebihi satu genggaman?

 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 13/01/11, 15:00]

PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 143-147.


PENULIS berpendapat bahawa wudhu hanyalah diwajibkan bagi orang yang ingin mendirikan solat, dan tidak diwajibkan ketika ingin melakukan perkara-perkara lain. Adakah pendapat tersebut ada dasarnya? Apakah jawapan penulis bagi pihak yang menggunakan riwayat Ibnu ‘Abbas sebagaimana berikut: «Thawaf di Baitullah adalah solat, hanya sahaja Allah membolehkan berbicara ketika thawaf»? Bukankah riwayat tersebut jelas menyamakan solat dan thawaf? Bukankah ini bermakna wudhu juga diwajibkan bagi orang yang ingin thawaf sebagaimana wudhu diwajibkan bagi orang yang ingin solat? Bagaimana pula dengan menyentuh mushaf dan membaca Al-Quran bagi orang yang berhadats? Bukankah kedua-dua didukung oleh dalil tersendiri? Apakah pula jawapan penulis bagi kedua-dua permasalahan tersebut?


 

 

Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 11/01/11, 14:15]

SETELAH berhari-hari mencari dalil tentang kesucian darah – iaitu darah manusia dan darah haiwan yang boleh dimakan, ada pun darah haidh, tiada perbezaan pendapat tentang kenajisannya – akhirnya saya terpaksa menerima hakikat bahawa darah adalah najis kerana telah berlaku ijma’ tentang kenajisan darah.


Ketetapan ijma’ dalam masalah ini telah disebutkan oleh beberapa orang ulama, antaranya Ibnu Hazm, Al-Hafizh Ibnu Hajar [dalam Al-Fath], Ibnu ‘Abdi Al-Bar [dalam At-Tahmid], Ibnu Al-‘Arabi [dalam Ahkam Al-Quran] dan An-Nawawi [dalam Al-Majmu’] rahimahumullah. – sila rujuk Shahih Fiqh Sunnah karangan Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim.


[Tambahan]: Kata Ibnu Hazm dalam Maratib Al-Ijma’ [m/s 12]: “Apabila sah sesuatu ijma’, maka terbatallah semua perbezaan pendapat, dan ijma’ tersebut tidak akan terbatal selama-lamanya.”


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 10/06/10, 10:45]