Archive for the ‘Fiqh (Umum)’ Category

Sebelum Amalkan Zikir Rekaan…

Posted: February 25, 2018 in Fiqh (Umum)

SOALAN tentang pengamalan zikir rekaan muncul kembali. Jawapan saya: Sebelum anda istiqamah mengamalkan mana-mana wirid yang tidak shahih daripada Nabi ﷺ, mungkin anda boleh cuba amalkan terlebih dahulu 3 amalan berikut yang memang shahih daripada baginda ﷺ.

.
Amalan pertama:

Membaca لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ sebanyak 100 kali setiap hari.

مَنْ قَالَ: “لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهْوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏”،‏ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6403 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Sesiapa yang mengucapkan  لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ pada setiap hari sebanyak 100 kali, baginya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan baginya 100 keburukan, dia terlindung daripada syaitan pada hari tersebut sehingga waktu petang, dan tiada seorang pun yang lebih utama daripadanya melainkan orang yang membaca lebih daripadanya.

[Shahih Al-Bukhari, no. 6403]

.
Amalan kedua:

Membaca سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali pada waktu pagi, dan 100 kali pada waktu petang.

مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي: “سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ” مِائَةَ مَرَّةٍ، لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2692 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Sesiapa yang bertasbih pada waktu pagi dan petang: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali, tiada orang yang akan datang pada hari Qiyamah dengan keutamaan yang lebih daripadanya, melainkan orang yang bertasbih sama sepertinya atau bertasbih lebih daripadanya.

[Shahih Muslim, no. 2692]

.
Amalan ketiga:

Beristighfar sebanyak 100 kali setiap hari.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ! تُوبُوا إِلَى اللَّهِ، فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
الراوي : الأغر المزني أبو مالك | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2702 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Wahai manusia! Bertaubatlah kalian kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya pada setiap hari sebanyak 100 kali.

[Shahih Muslim, no. 2702]

.

Semoga ketiga-tiga amalan ini menjadi amalan harian kita, insya’allah.

Boleh ke Nak Amal Zikir Rekaan?

Posted: February 8, 2018 in Fiqh (Umum)

BEBERAPA hari yang lalu, satu soalan muncul dalam salah satu group Telegram: Adakah zikir yang tidak shahih daripada Rasulullah ﷺ boleh diamalkan?

 

Jawapan saya:

  1. Utamakan zikir-zikir yang shahih terlebih dahulu (kena amalkan yang shahih terlebih dahulu). Kalau yang shahih ditinggalkan tapi zikir rekaan diamalkan, bererti zikir rekaan wajib ditinggalkan.
  2. Jangan mempromosikan zikir rekaan ini kepada orang lain atau ajak orang lain untuk turut mengamalkannya.
  3. Jangan amalkan zikir rekaan ini di hadapan orang lain, sehinggakan orang awam menganggap zikir rekaan ini betul-betul ajaran Nabi ﷺ.
  4. Kena maklumkan kepada orang lain bahawa zikir ini bukan sunnah Rasulullah ﷺ, dan berdosa sesiapa yang sengaja menyandarkannya kepada Nabi ﷺ.
  5. Kalau tetap ingin mengamalkannya, tidak boleh ada apa-apa i`tiqad dalam minda kita bahawa zikir rekaan ini ada kelebihan, walaupun sedikit.

 

Wallahu a`lam.

Roti Titab?

Posted: December 30, 2016 in #kenalquransunnah, Fiqh (Umum)
Hari ini, 30 Disember 2016, sekali lagi kami singgah ke Kopitiam Kita untuk sarapan pagi. Antara menu yang kami pesan: Roti titab. SEDAP. Tapi MANIS.
 
Satu lagi isu dengan roti titab adalah cara makan. Tidak dapat dinafikan telah menjadi IJMA` seluruh umat bahawa roti titab ditelan melalui mulut, namun terdapat khilaf di kalangan umat dalam bab tangan mana yang menyuapnya ke dalam mulut; tangan KANAN atau tangan KIRI.
 
Alhamdulillah, saya dan isteri memilih pendapat yang mengatakan hendaklah menyuapnya dengan tangan KANAN. Pendapat ini juga dipilih oleh kedua-dua mertua saya, serta adik ipar saya (sebagaimana yang saya perhatikan tadi). Namun, di luar sana masih ada segelintir umat Islam yang memilih pendapat menggunakan tangan KIRI untuk menyuap. Mungkin kerana itulah etika ketika makan; pisau di tangan kanan dan garfu di tangan kiri.
 
Mengapa saya memilih tangan KANAN untuk menyuap? Sebab ada beberapa hadits dalam bab ini.

DUA hari lepas (Ahad), telah berlaku satu perbincangan tentang hukum khitan bagi perempuan dalam salah satu WhatsApp group saya (group locum). Ramai juga rakan doktor saya yang memberikan pendapat masing-masing; sebahagian besarnya menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, namun ada pula yang berpegang dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mengatakan khitan bagi perempuan adalah wajib.

Lalu, beberapa link youtube mula dikongsikan, masing-masing mengajak ahli group mendengar penjelasan daripada beberapa orang ustaz terkenal.

 

Pada mulanya, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, kerana bagi saya, memang isu ini khilaf di kalangan `ulama’, sama ada wajib atau sunat. Tidak salah sekiranya kita ingin mengutarakan pendapat peribadi kita, tetapi jangan sampai mewajibkan orang lain mengikutinya.

 

Namun, ada satu kenyataan daripada salah seorang rakan yang membuatkan saya kurang senang. Katanya, menurut mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali, khitan bagi perempuan adalah wajib.

 

Saya hairan, seingat saya, mazhab Al-Hanabilah menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, berbeza dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mewajibkan khitan kepada lelaki dan perempuan.

.

(more…)

Liwat: Status Hadits dan Fiqh Hadits

Posted: November 11, 2011 in Fiqh (Umum)

HADITS yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:

(more…)

[Fiqh] Membakar Mushaf

Posted: October 14, 2011 in Fiqh (Umum)

APAKAH yang anda lakukan terhadap mushaf Al-Qur’an yang lama? Mungkin ramai yang akan jawab: BAKAR.

Ternyata membakar mushaf lama bukanlah satu-satunya cara untuk melupuskan mushaf yang sudah tidak digunakan. Berikut disebutkan 11 pendapat `ulama’ dalam masalah ini.

(more…)

ALHAMDULILLAH, setelah beberapa lama tergendala, cita-cita untuk menyiapkan terjemahan zikir-zikir ini selesai juga akhirnya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Akh Fathi atas segala bantuan dalam menyempurnakan e-book ini [walau pun sebelum ini saya tidak terfikir untuk menjadikannya dalam bentuk e-book]. Semoga bermanfaat buat semua.

TAJUK:
Zikir-Zikir Penghujung Solat Yang Sahih
Menurut Al-Syaikh Al-Muhaddith `Abdullah Bin `Abdulrahman Al-Sa’d
Diterjemah & ditakhrij hadith oleh:
Mohd Adli Abd Khalim (https://blueincisivus.wordpress.com/
Diselia & disunting oleh:
Muhammad Fathi `Ali al-Sakandary (http://ansarul-hadis.blogspot.com/)
Edisi:
September 2011M / Syawal 1432H
Jumlah Halaman:
18 halaman termasuk kulit
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih dahulu.

Oleh:
Adli Khalim
22 September 2011
Jakarta Barat, 16:15