.
Untuk slaid penuh, sila klik di sini: MUATTURUN
Firman Allah ﷻ:
ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (۱٠)
Allah membuat satu perumpamaan bagi golongan kafir, iaitu isteri Nuh dan isteri Luth. Kedua-duanya berada bawah pengawasan dua hamba (yakni Nabi Nuh dan Nabi Luth `alaihima as-salam) daripada hamba-hamba Kami yang shalih. Lalu kedua-dua wanita ini mengkhianati suami masing-masing. Kedua-dua suami tersebut tidak dapat membantu mereka sedikit pun daripada (azab) Allah. Lalu dikatakan (kepada kedua-dua wanita tersebut): “Masuklah kalian berdua ke dalam neraka bersama-sama golongan yang memasukinya.”
[Surah At-Tahrim (surah 66), ayat 10]
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ
Apabila salah seorang daripada kalian bertasyahhud, hendaklah dia berlindung dengan Allah daripada 4 perkara, hendaklah dia berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.”
[HR Muslim no. 588]
Daripada `A’isyah radhiyallahu `anha, katanya:
دَخَلَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَقَالُوا: “السَّامُ عَلَيْكُمْ”
Sekumpulan Yahudi masuk bertemu Rasulullah ﷺ, lalu mereka mengucapkan: “As-Samu `alaikum (Kecelakaan atas kalian).”قَالَتْ عَائِشَةُ: فَفَهِمْتُهَا فَقُلْتُ: “وَعَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ”
Kata `A’isyah: Aku memahami ucapan mereka, lalu aku menjawabnya: “Wa `alaikum as-samu wa al-la`nat (Atas kalian juga kecelakaan dan laknat).”قَالَتْ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: “مَهْلاً يَا عَائِشَةُ، إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ”
Kata `A’isyah lagi: Rasulullah ﷺ berkata (kepadaku): “Tenanglah wahai `A’isyah! Sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah lembut dalam setiap perkara.”فَقُلْتُ: “يَا رَسُولَ اللهِ! وَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا؟”
Aku bertanya: “Ya Rasulullah! Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan?”قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: “قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ”
Jawab Rasulullah ﷺ: “Bukankah aku telah menjawab: Atas kalian juga (kecelakaan)…”[HR Al-Bukhari no. 6024]
Daripada An-Nu`man bin Basyir radhiyallahu `anhuma, Nabi ﷺ pernah bersabda:
مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا
Perumpamaan orang yang mematuhi batasan-batasan Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti satu kaum yang mengundi dalam sebuah kapal, lalu sebahagiannya mendapat tempat di bahagian atas, dan sebahagian yang lain mendapat tempat di bahagian bawah.فَكَانَ الَّذِينَ فِى أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِى نَصِيبِنَا خَرْقًا، وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا
Apabila golongan yang berada di bahagian bawah kapal ingin mendapatkan air minum, mereka perlu melintasi golongan yang berada di bahagian atas kapal. Lalu mereka berkata: “Sekiranya kita boleh melubangi kapal ini untuk mendapatkan bekalan kami, pasti kami tidak perlu mengganggu mereka yang di atas.”فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا
Sekiranya golongan yang di atas tidak menghalang golongan yang di bawah (daripada melubangi kapal) daripada apa yang mereka ingini, pasti kesemua mereka akan binasa. Sekiranya golongan yang di atas menghalang, pasti kesemua mereka akan selamat.[HR Al-Bukhari no. 2493]
(more…)
Firman Allah ﷻ:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Sekiranya engkau (Muhammad) mengikuti kebanyakan manusia di bumi, pasti mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sesungguhnya mereka hanyalah membuat kedustaan.
[Surah Al-An`am (surah 6), ayat 116]
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Nabi ﷺ pernah bersabda:
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
Aku telah melihat seorang lelaki bersenang-lenang di syurga, kerana dia memotong sebatang dahan yang mengganggu perjalanan orang ramai.
[HR Muslim, no 1914]
Daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu, sabda Rasulullah ﷺ:
جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ ﷺ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ ﷺ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا، فَقَالُوا: وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ ﷺ؟ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ، قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا، فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا، فَجَاءَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إِلَيْهِمْ ، فَقَالَ: أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا، أَمَا وَاللهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Tiga orang sahabat Nabi telah datang ke rumah-rumah isteri Nabi ﷺ untuk bertanya tentang ibadah Nabi ﷺ. Setelah diberitahu kepada mereka (tentang ibadah baginda), mereka menganggap ibadah baginda hanya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah kedudukan kita berbanding kedudukan Nabi ﷺ? Sedangkan baginda telah diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.” Kata salah seorang daripada mereka: “Ada pun aku akan solat sepanjang malam.” Kata yang lain: “Aku akan berpuasa setiap hari.” Kata yang terakhir: “Aku akan menjauhkan diri daripada wanita, dan aku tidak akan berkahwin.” Lalu Rasulullah ﷺ datang bertemu mereka, dan berkata: “Kaliankah yang berkata seperti ini dan ini? Demi Allah! Akulah orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah antara kalian semua! Namun, aku puasa dan aku juga berbuka, aku solat malam dan aku juga tidur, dan aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang benci sunnahku, dia tidak termasuk dalam golonganku.”
[HR Al-Bukhari, no 5063]
(more…)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, sabda Rasulullah ﷺ:
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ، فَغُفِرَ لَهَا بِهِ
Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga, tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Isra’il. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya lantas memberi minum kepada anjing berkenaan (dengan menggunakan kasutnya). Allah mengampunkan wanita itu kerana perbuatan tersebut.
[HR Al-Bukhari, no 3467]