Archive for the ‘Manhaj Muhadditsin’ Category

Mu-Hard-Disk?

Posted: September 4, 2015 in Manhaj Muhadditsin, Realiti Umat

muhaddits.

NAMPAKNYA isu hadits palsu masih belum selesai. Ada pihak yang mula menyebarkan poster di atas, mungkin dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak lawannya. Namun, sayang seribu kali sayang, saya melihat poster ini hanyalah menyerlahkan lagi kejahilan pihak yang menyebarkannya. Kenapa saya berkata begitu?

.

(more…)

photo_2015-08-21_22-13-54

SEMENJAK kebelakangan ini, timbul satu isu baru, iaitu ada pihak yang mula menyebarkan poster di atas; poster yang membahagikan hadits kepada maqbul dan mardud. Pertama kali saya lihat poster tersebut, saya agak terkejut. Sejak bila hadits dha`if diletakkan bawah kategori maqbul (hadits yang diterima)?

Saya belek buku Taisir Mushthalah Al-Hadits (تيسير مصطلح الحديث) karya Dr. Mahmud Ath-Thahhan (محمود الطحان); penjelasan beliau dalam buku tersebut sama seperti apa yang saya faham melalui kuliah para asatidzah sebelum ini; hadits maqbul (hadits yang diterima) hanyalah hadits shahih dan hasan, sedangkan selain kedua-duanya akan masuk dalam kategori hadits mardud (hadits yang ditolak).

(more…)

HADITS MU`ALLAQ (الحديث المعلق) ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad.

Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: “Daripada `A’isyah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:…” atau “Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:…”, yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya.

Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat – radhiyallahu `anhum – yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda.

Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi ﷺ, sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya).

Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor.

(more…)

SEORANG saudara kita yang beraliran “salafi” pernah mengatakan, haram hukumnya beramal dengan hadits dha`if.

 

Jujur saya katakan, saya tidak pernah tahu bahawa kita diharamkan beramal dengan hadits dha`if. Wallahu a`lam, boleh jadi beliau benar dalam bab ini. Lagipun saya hanyalah seorang budak yang baru belajar tentang hadits.

  (more…)

Sebahagian umat Islam percaya bahawa Khidhir masih hidup.

Sedangkan dalam Shahih Al-Bukhari (hadits no. 601), telah diriwayatkan daripada Ibnu `Umar radhiyallahu `anhuma, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi bersabda: “Ketahuilah, selepas 100 tahun yang akan datang, tidak akan tersisa lagi semua orang yang hidup pada malam ini.”

# Sekiranya diberi pilihan, sama ada percaya kepada sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam atau percaya kepada mursyid mana-mana tarekat, sudah pasti sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menjadi pilihan saya.

 

Oleh:

Adli Khalim
24 Oktober 2012
Kota Bharu, 22:37

BERIKUT saya bawakan ringkasan kajian hadits Masbuq dalam Solat oleh Dr. Mahir Yasin Al-Fahl.

Kajian ini berkisar sekitar hadits berikut:

 

(more…)

SEORANG kawan bertanya tentang hukum menulis hadits Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, kerana dia telah menjumpai beberapa hadits yang secara zahirnya bercanggah antara satu sama lain.

Berikut saya bawakan beberapa riwayat yang melarang penulisan hadits dan beberapa riwayat yang membenarkan penulisan hadits di zaman Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.

(more…)

SERING kita dengar dalam masyarakat kita bahawa makruh untuk menggosok gigi pada waktu petang ketika kita berpuasa. Adakah benar wujudnya larangan ini dalam Al-Qur’an atau pun As-Sunnah?

 

Berikut adalah penjelasannya:

 

لولا أن أشق على أمتي ، لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: صحيح النسائي – الصفحة أو الرقم: 7
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

(more…)

APAKAH yang perlu dilakukan sekiranya seseorang tidak memperolehi air untuk berwudhu’ atau pun tanah untuk bertayammum?

Berikut adalah hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari pada beberapa tempat dalam kitab shahihnya, antaranya bawah bab: باب إذا لم يجد ماء ولا ترابا – Jika Seseorang Tidak Mempunyai Air atau pun Tanah.

(more…)

SEMUA hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara bersendirian [tanpa diriwayatkan oleh 5 orang imam hadits yang lain] adalah dha`if.

Kata-kata ini disandarkan kepada Al-Mizzi rahimahullah. Walau bagaimana pun, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, pendapat yang tepat adalah “kebanyakan”, dan bukannya “semua.”

Berikut adalah pendapat beberapa orang tokoh masa kini:

(more…)