Archive for the ‘Manhaj Umum’ Category

BEBERAPA hari yang lalu, saya dikejutkan dengan satu topik perbahasan dalam sebuah group Telegram yang membangkitkan isu sesiapa yang bermain telefon ketika azan adalah syirik. Ini kerana sebahagian daripada mereka menganggap bahawa tidak segera menjawab panggilan azan kerana leka dengan telefon bererti kita telah melebihkan telefon berbanding Allah.

.

Ini merupakan satu pemahaman yang ekstrim menurut saya, kerana kita terlalu bermudah-mudahan memberikan label syirik kepada kaum muslimin. Bagi saya, dakwaan sebegini tidaklah jauh bezanya dengan menuduh seseorang muslim sebagai kafir.

.

Ada yang mengatakan kita sudah terlalu banyak dikaburi oleh syaitan sehingga menganggap sebahagian perkara yang melalaikan adalah “biasa-biasa sahaja”. Saya tak nafikan perkara, namun harus kita ingat bahawa bermudah-mudahan dalam melabel syirik kepada kaum muslimin, sebagaimana kaum Khawarij yang bermudah-mudahan mengkafirkan kaum muslimin yang mengerjakan dosa besar juga termasuk dalam bisikan syaitan.

.

Dikatakan pula apabila azan yang diwahyukan Allah untuk memanggil manusia kembali tunduk patuh taat kepada-Nya tak diendahkan, tak dipedulikan, dan tak dihiraukan, seakan-akan sekadar bunyi yang singgah di telinga, sedangkan individu tersebut lebih suka menghadap kepada benda lain, maka pada diri manusia itu telah ada unsur syirik kepada Allah.

.

Saya jawab kembali dakwaan ini, bahawa ada riwayat yang menyebutkan bahawa Nabi ﷺ ingin membakar rumah orang yang tidak solat jama`ah di masjid. Kalau dah syirik atau murtad, cukupkah sekadar dibakar rumahnya? Bukankah sebahagian fuqaha’ berpendapat orang yang terkeluar daripada Islam hendaklah disuruh bertaubat, sekiranya tetap tidak kembali kepada Islam hendaklah DIBUNUH?

.

Alhamdulillah, saya tidak berkeseorangan dalam menentang pemahaman yang saya kira ekstrim sebegini. Ternyata, beberapa orang asatidzah yang lain turut melahirkan perasaan tidak senang terhadap golongan sebegini. Setelah diselidiki, sumber ilmunya berasal daripada seorang tokoh yang mengajar tafsir -yang dikatakan banyak membuat tafsiran sendiri tanpa merujuk kepada tafsiran mufassirin-. Sebahagian asatidzah menggambarkan seolah-olah murid-murid tokoh tadi terlalu taksub dengan guru tersebut, sehingga menjadikan ajaran guru tersebut sebagai dalil, demikianlah gambaran yang diberikan kepada saya.

.

Bagi saya, isu sebegini agak besar dan berat, kerana dengan bermudah-mudahan kita telah melabel kaum muslimin sebagai orang yang melakukan kesyirikan. Sedangkan, manhaj Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah tidak sesekali mengkafirkan ahli Qiblat.

TIMBUL satu persoalan daripada seorang guru Maahad Tahfiz. Beliau ingin menggalakkan pelajarnya untuk membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan ketika mengimami solat Subuh di pagi Juma`at untuk melazimi sunnah Rasul ﷺ, dan sesekali beliau akan meminta pelajarnya untuk memilih surah lain supaya amalan tersebut tidak dianggap sebagai suatu kewajipan. Sehinggalah baru-baru ini, seorang ahli jama`ah menegur dan meminta agar tidak lagi dibaca surah As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat Subuh di pagi Juma`at kerana sebahagian ahli jama`ah terpaksa berkejar untuk keluar bekerja. Beliau bertanya, adakah salah sekiranya beliau menolak permintaan ahli jama`ah tersebut dan mencadangkannya untuk solat Subuh di pagi Juma`at di surau lain, atau solat Subuh di rumah sahaja pada hari Juma`at? Bagi beliau, tidak patut sunnah sebegini ditinggalkan hanya untuk memuaskan hati seorang dua yang boleh memilih alternatif lain jika tidak mahu mengejar sunnah bersama mereka.

(more…)

SATU post yang saya baca di salah satu group Telegram (dengan sedikit suntingan):

Bukankah kalau tak ikut sunnah, maka ia menjadi bid`ah?

Menurut apa yang saya diberitahu oleh rakan-rakan, amalan terbahagi kepada 2: amalan sunnah dan amalan bukan sunnah.

Kalau kita buat amalan yang Nabi ﷺ buat, maka kita telah mengikuti sunnah.

Sebaliknya kalau kita tak buat seperti yang Nabi ﷺ buat, maka amalan itu adalah tak sunnah (bahasa kasarnya bid`ah).

Kalau kita campur aduk antara sunnah dengan bukan sunnah, maka amalan itu juga termasuk dalam kategori bid`ah.

(more…)

Fahami Konsep Doa

Posted: September 21, 2017 in Manhaj Umum, Realiti Umat

AWAL Muharram menjelma lagi. Seperti biasa, beberapa soalan panas mula muncul di media-media sosial.

.

Soalan # 1: Ada orang kongsikan doa awal dan akhir tahun seperti ini, adakah kita boleh berdoa begini?

Jawapan saya: Hukum asal dalam berdoa adalah harus, pada mana-mana hari sahaja, tanpa perlu dikhususkan pada akhir tahun mahupun pada awalnya. Namun, sebahagian pihak mula menyebarkan lafaz khusus untuk doa akhir tahun dan awal tahun serta mengajak orang ramai supaya mengamalkannya, seolah-olah doa tersebut merupakan sebahagian daripada doa yang diajarkan oleh Allah ﷻ ataupun Rasul-Nya ﷺ.

.

Bagi saya, sesiapa yang ingin berdoa, silakan berbuat demikian, namun ada beberapa syarat:

.

Syarat pertama: Tidak boleh beri`tiqad bahawa doa akhir tahun & awal tahun adalah sunnah Nabi ﷺ. Bahkan, sewaktu hayat baginda, belum ditentukan bilakah berakhirnya dan bermulanya tahun. Pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam terjadi pada zaman pemerintahan Amir Al-Mu’minin `Umar Al-Khaththab radhiyallahu `anhu. Oleh itu, tidak dapat diterima akal yang sihat untuk kita katakan doa akhir tahun dan awal tahun diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.

.

Syarat kedua: Tidak boleh beri`tiqad bahawa doa akhir tahun & awal tahun mempunyai fadhilat khusus. Saya dapati sebahagian pihak yang menyebarkan lafaz kedua-dua doa ini akan menyertakan fadhilatnya:

Barangsiapa membaca doa ini (yakni doa akhir tahun) daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.

Barangsiapa membaca doa ini (yakni doa awal tahun) maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

.

Sekiranya difikirkan dengan akal yang sihat, fadhilat ini memang kelihatan tidak logik. Doa yang tidak mungkin diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, namun menyentuh tentang perkara ghaib (yakni keluhan syaitan). Tidak mungkin seseorang manusia boleh tahu keadaan atau kata-kata syaitan tanpa sebarang panduan wahyu.

. (more…)

Banyak isu yang timbul kebelakangan ni, cuma tak sempat nak kongsikan semuanya. Antara yang agak mengejutkan adalah apabila ada orang bertanya: “Apa hukum solat berimamkan seorang yang berakidah Asya`irah?
Solatnya akan jadi kurang kualiti ke?”

.

Saya agak terkejut apabila membaca soalan ini di salah satu group Telegram. Kenapa isu ini boleh timbul? Apa kedudukan golongan Asya`irah-Maturidiyyah di sisi individu yang bertanya, seolah-olah solat kedua-dua golongan tersebut bermasalah.

.

Bagaimana pula dengan para a’immah daripada kedua-dua golongan ini; An-Nawawi, Ibn Hajar Al-`Asqalani? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bagaimana pula dengan para asatidzah kita yang berpegang kepada Asya`irah-Maturidiyyah; SS Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli al-Bakri, Ustaz Aizam Mas’ud? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bersederhanalah dalam berbeza pendapat. Saya syorkan bagi sesiapa yang ada kelapangan, sila luangkan sedikit masa untuk mendengar penjelasan para asatidzah tentang Asya`irah-Maturidiyyah. Boleh cari ceramah-ceramah Ustaz Aizam, Maulana Asri, dll di Youtube, kemudian betulkan persepsi kita terhadap golongan Asya`irah-Maturidiyyah.

.

Sesungguhnya mereka juga sebahagian daripada Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah.

Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas:

Hari ini, 8 Disember 2016, saya diminta untuk menyampaikan satu tazkirah dalam perhimpunan bulanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, di hadapan staf-staf daripada semua unit. Saya dimaklumkan tentang tugasan ini 2 hari yang lepas. Dalam kepala saya, muncul beberapa topik yang boleh saya sampaikan dalam sesi tazkirah tersebut. Agak pening untuk memilih topik yang menarik.

 

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai point utama saya. Saya mulakan tazkirah dengan membaca ayat tersebut, kemudian saya bacakan pula terjemahannya.

 

“Kitab ini (Al-Qur’an) tiada keraguan padanya, PETUNJUK BAGI ORANG YANG BERTAQWA.”

 

Kemudian, saya lontar beberapa persoalan:

  • Umat Islam di Malaysia kebanyakannya telah diperkenalkan kepada Al-Qur’an dalam usia yang muda, kenapa sebahagian daripada kita seolah-olah langsung tidak mendapat petunjuk daripadanya?
  • Kita diajarkan membaca Al-Qur’an sejak kecil, tetapi kenapa apabila meningkat dewasa, iman kita seolah-olah tidak bertambah? Bahkan, sebahagian daripada kita semakin teruk perangainya.
  • Kenapa orang yang dibesarkan dalam agama Kristian, atau Buddha, atau Hindu, apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mantap pegangan agamanya berbanding kita, yang dibesarkan dalam agama Islam? Sekiranya dibandingkan, sudah pasti tempoh kita berinteraksi dengan Al-Qur’an lebih lama berbanding mereka.
  • Adakah Al-Qur’an yang kita gunakan berbeza dengan Al-Qur’an yang mereka gunakan, sehingga mereka menjadi lebih mantap imannya?

 

(more…)

TREND baru di kalangan orang yang suka menyebarkan petua REKAAN yang kelihatan ISLAMIK adalah:

Perbuatan + Ayat Al-Qur’an atau Selawat atau Zikir (dengan bilangan tertentu) + Niat

“INSYA’ALLAH” hajat akan dimakbulkan oleh Allah ﷻ

 

HEBAT! Hanya berbekalkan kalimah “Insya’allah”, semua perkara boleh diamalkan.

 

Contohnnya banyak, antaranya:

  1. Baca surah Thaha kepada anak yang sedang tidur, INSYA’ALLAH hatinya menjadi lembut, degilnya akan berkurang.
  2. Baca surah Yusuf ketika mengandung, INSYA’ALLAH anak akan jadi handsome macam Nabi Yusuf.
  3. Baca ayat 31 surah Ali `Imran, INSYA’ALLAH hati suami hanya akan terpikat kepada kita (para isteri).
  4. Baca surah Al-Masad kalau tangan terkena api, INSYA’ALLAH sakit akan kurang.
  5. Baca ayat 9 surah Yasin, INSYA’ALLAH rumah kita akan “dipagar” daripada pencuri.

(more…)

DUA hari lepas (Ahad), telah berlaku satu perbincangan tentang hukum khitan bagi perempuan dalam salah satu WhatsApp group saya (group locum). Ramai juga rakan doktor saya yang memberikan pendapat masing-masing; sebahagian besarnya menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, namun ada pula yang berpegang dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mengatakan khitan bagi perempuan adalah wajib.

Lalu, beberapa link youtube mula dikongsikan, masing-masing mengajak ahli group mendengar penjelasan daripada beberapa orang ustaz terkenal.

 

Pada mulanya, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, kerana bagi saya, memang isu ini khilaf di kalangan `ulama’, sama ada wajib atau sunat. Tidak salah sekiranya kita ingin mengutarakan pendapat peribadi kita, tetapi jangan sampai mewajibkan orang lain mengikutinya.

 

Namun, ada satu kenyataan daripada salah seorang rakan yang membuatkan saya kurang senang. Katanya, menurut mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali, khitan bagi perempuan adalah wajib.

 

Saya hairan, seingat saya, mazhab Al-Hanabilah menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, berbeza dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mewajibkan khitan kepada lelaki dan perempuan.

.

(more…)

ANTARA bid`ah munkarah yang pernah berlaku di negara kita adalah solat raya pada 8 Syawal, sempena selesainya puasa 6 hari di bulan Syawal (bermula dari 2 Syawal sehingga 7 Syawal).

Solat ini adalah bercanggah dengan sunnah Rasulullah ﷺ.

Sebagaimana yang kita tahu, solat raya dan takbirnya adalah syi`ar bagi hari raya puasa (`Id Al-Fitri) dan hari raya korban (`Id Al-Adha). Tidak boleh mendirikan solat raya selain daripada kedua-dua perayaan ini.

Semoga Syawal tahun ini tiada lagi acara bid`ah seperti ini. Amin.

SEMALAM ramai yang sibuk bertanya, “Malam ini malam ke-27 ke?”

Apa yang istimewa sangat malam ke-27 Ramadhan? Kebanyakan umat Islam di Malaysia meyakini bahawa malam ke-27 Ramadhan biasanya merupakan malam Al-Qadar. Malah, tidak sedikit yang meninggalkan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadhan, namun hanya bersungguh-sungguh beribadah pada malam ke-27. Apabila berlalu malam ke-27, mereka akan kembali meninggalkan ibadah pada malam-malam yang masih berbaki.

Adakah mereka benar-benar yakin mereka tidak akan terlepas peluang untuk merebut malam Al-Qadar, hanya dengan menumpukan ibadah pada malam ke-27? Apakah yang menyebabkan mereka begitu yakin malam Al-Qadar tahun ini jatuh pada malam ke-27.

Izinkan saya untuk memberi sedikit perkongsian. Dalam beberapa hadits shahih, Rasulullah ﷺ telah memberikan petunjuk secara umum tentang malam Al-Qadar. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh isteri baginda, Ummu Al-Mu’minin `A’isyah radhiyallahu `anha, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2017), Muslim (1169), At-Tirmidzi (792)

 

Namun, sebahagian hadits secara jelas menyebutkan malam Al-Qadar jatuh pada malam ke-21 Ramadhan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri radhiyallahu `anhu:

(more…)