Archive for the ‘Perubatan’ Category

HFMD

Posted: August 19, 2016 in Perubatan

HARI ini (19 Ogos 2016) saya diberikan amanah untuk memberi taklimat tentang HFMD (Hand, Foot, and Mouth Disease – Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut) di Masjid Kg. Saujana (Setiu) kerana terdapat peningkatan mendadak kes HFMD di daerah Setiu. Selain saya, empat (4) orang staf yang lain turut diamanahkan untuk memberikan taklimat di 4 buah masjid yang terpilih di daerah Setiu.

 

(more…)

Pesanan Sempena Musim Perayaan

Posted: July 4, 2016 in Perubatan

Pesanan Sepanjang Musim Perayaan

ISU Al-Imam Muda yang berbicara tentang vaksin beberapa hari lalu sudah sepi. Namun, parut di hati ini masih berdarah lagi. Bab mempermainkan kematian kanak-kanak yang malang itu satu perkara besar, ditambah pula bab ego Al-Imam Muda yang dengan yakinnya mengatakan bahawa dirinya beroleh pahala akibat cacian dan kejian yang diterimanya daripada orang awam.

Katanya 1 kes sahaja yang meninggal akibat Difteria, bukannya 1%. Pertama, memang kita bukan Tuhan untuk mengatakan sesiapa yang mendapat suntikan pelalian Difteria pasti selamat, namun suntikan pelalian itu merupakan salah satu ikhtiar pencegahan daripada jangkitan yang teruk.

Isunya sama sahaja dengan penunggang motorsikal yang memakai topi keselamatan. Memang kita akui masih ramai penunggang motorsikal meninggal akibat kemalangan jalan raya walaupun mereka telah memakai topi keselamatan, adakah ini bererti kita tak patut memakainya?

Berapa ramai pesakit demam denggi yang meninggal walaupun telah mendapatkan rawatan. Adakah ini bererti para doktor tidak perlu merawat mereka, dengan alasan “Tak tahu pulak pesakit denggi yang mendapat rawatan dapat extra nyawa?”

Kedua, untuk penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi (vaccine-preventable disease, VPD), kehilangan satu nyawa akibat kegagalan untuk mendapat suntikan pelalian amatlah besar. 1 nyawa sudah cukup menggegarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tak perlu tunggu sampai 1% (1% daripada 30 juta penduduk = 300 ribu orang).

Kemudian beliau mengatakan “Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin.” Bagi saya, sindiran seperti ini tidak patut keluar daripada seorang selebriti (mungkin selebriti kot) seperti beliau. Bab malaikat maut adalah perkara ghaib, kalau betul nak mengusik, tak perlulah kita mengusik malaikat maut sekali.

Beliau kemudiannya memadam status pertamanya, kerana TERLALU BANYAK PAHALA yang beliau dapat sepanjang petang tersebut, dan beliau telah menyebabkan RAMAI KEHILANGAN PAHALA dan BERTAMBAH DOSA. Saya tidak pasti kenapa beliau cukup yakin untuk mengeluarkan pernyataan seperti ini. Adakah urusan pahala dan dosa sudah mula jelas di mata para agamawan selebriti sehingga beliau begitu yakin?

Beliau akhirnya menjelaskan alasannya memuatnaik status pertama, beliau melihat seolah-olah sesuatu itu dianggap seperti lebih berkuasa daripada takdir. Perkataan “seolah-olah” itu menunjukkan bahawa beliau sendiri bukan 100% yakin bahawa golongan pro-vaksin memang menganggap vaksin lebih berkuasa daripada Allah. Kenapa perlu mengusik kes kematian seperti ini? Kami para doktor, tidak pernah menjanjikan kesihatan 100% kepada para pesakit. Begitu juga para pesakit kami, mereka tahu ubat yang dibekalkan oleh doktor hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata, bukannya sesuatu yang pasti.

Mungkin bagi orang ramai, isu ini sudah berakhir dengan permintaan maaf Al-Imam Muda secara terbuka. Namun, bagi saya, isu ini seumpama memaku paku ke dinding kayu, kita boleh buang paku tersebut, tetapi kesan yang tertinggal akan terus berlubang sampai ke bila-bila. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua; “Tanyakanlah kepada ahli zikr sekiranya kalian tidak mengetahui.”

Wallahu a`lam.

TIDAK sedikit pesakit yang saya temui di Jabatan Kecemasan HRPZ II yang bertanya soalan ini: “Doktor tak bagi saya antibiotik ke?” Seolah-olah antibiotik adalah satu kemestian apabila datang ke klinik atau hospital. Kita harus sedar bahawa antibiotik bukanlah ubat demam untuk diberikan kepada semua pesakit yang demam. Dalam sesetengah keadaan, antibiotik langsung tidak membantu, malah boleh memburukkan lagi keadaan. Berikut adalah sedikit penjelasan tentang ANTIBIOTIK. Semoga bermanfaat.

Antibiotik

ANTARA kes pediatrik (kanak-kanak) yang kerap saya temui di hospital adalah febrile fit (sawan demam). Memang tak dapat dinafikan bahawa kondisi ini cukup merisaukan ibu bapa. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang sawan demam oleh Dr. Alya Hamzah, seorang pegawai perubatan pediatrik yang sedang dalam persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik.

Febrile Fit

Artikel lengkapnya di sini: http://www.mmgazette.com/apakah-sawan-demam-dr-alya-hamzah/