Archive for the ‘Realiti Umat’ Category

PERJALANAN kita di bulan Sya`ban bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Namun, kemeriahan sambutannya tidak begitu dirasai berbanding tahun-tahun yang lalu kerana berlakunya perubahan yang mengejutkan dalam lanskap politik negara kita.

.

Saya tidak berniat untuk berbicara tentang politik. Fokus penulisan saya kali ini adalah ibadah sepanjang Ramadhan.

.

Minat saya untuk mendalami hukum-hakam fiqh puasa bermula pada tahun 2015. Saya banyak meluangkan masa untuk mencari perbahasan tentang bab ini dalam kitab fiqh, fatwa kontemporari, isu yang dimuatkan dalam akhbar tempatan, dan soalan yang diajukan kepada para asatizah di media sosial.

.

Berdasarkan pemerhatian saya, boleh saya katakan bahawa tidak sedikit kaum muslimin di Malaysia yang menjadikan ibadah di bulan Ramadhan sebagai adat semata-mata. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran, kelebihan, bahkan pengampunan, seolah-olah tidak dihargai dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sehinggakan apabila disebut “bulan Ramadhan”, kita hanya membayangkan lapar, dahaga, dan juadah berbuka puasa.

. (more…)

ALHAMDULILLAH, baru ada kesempatan untuk menulis. Sekadar untuk dijadikan sebagai tauladan, ingin saya ceritakan satu kisah yang berlaku di klinik tempat saya bekerja pada hari Ahad yang lalu (11.03.2018).

 

Saya dapat satu kes untuk periksa seorang bayi yang berusia dua bulan (sepatutnya pemeriksaan dilakukan ketika bayi berumur 1 bulan). Seperti biasa, saya bertanya kepada si ibu tentang perkembangan si bayi, tentang penyusuannya, masalah kencing atau berak, demam atau selsema dan sebagaimana. Kemudian, saya tanya lagi tentang masalah kuning yang dihadapinya sewaktu bayi dilahirkan; adakah berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih? Namun si ibu menjawab tidak tahu.

 

Jawapannya sangat menghairankan. Saya terus membelek buku kesihatan bayi, tiada satu pun catatan tentang pemeriksaan serum bilirubin. Rekod lawatan jururawat ke rumah juga tiada sama sekali. Saya bertanya kepada si ibu; adakah tiada jururawat yang melakukan lawatan ke rumah dua bulan yang lalu? Tidak, jawab si ibu. Saya semakin pelik.

 

Biasanya jururawat akan ke rumah untuk periksa keadaan ibu dan bayi; hari pertama, kedua, dan seterusnya. Jawab si ibu: “Saya tak lapor kelahiran ke klinik.” Jawapannya menjawab persoalan kenapa jururawat tidak melawat rumah, tapi timbul pula satu soalan baru: Kenapa tak lapor kelahiran?

 

Saya belek pula buku kandungan ibu. Akhirnya, saya mendapat sedikit gambaran tentang situasi yang sedang saya hadapi. Pada muka hadapan buku kandungan, hanya tertulis nama si ibu, sedangkan nama bapa dikosongkan. Dituliskan juga bahawa ini merupakan kandungan kedua si ibu (G2P1). Saya belek ke muka surat berikutnya; saya sangat terkejut.

 

Tarikh perkahwinan: Unmarried (Tidak berkahwin).

 
(more…)

Tajuk: Dosa Halimunan di Media Sosial
Penceramah: Ustaz Abdullah Bukhari
Tarikh: 10 April 2016
Video asal: https://www.youtube.com/watch?v=SCab4-uYGlI
Tempoh video: 1 jam 2 minit 53 saat

.

DEFINISI DOSA

.

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الأَنْصَارِيِّ، قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الْبِرِّ وَالإِثْمِ ، قَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Daripada An-Nawwas bin Sam`an Al-Anshari, sabda Rasulullah ﷺ tentang kebaikan dan dosa, katanya: “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah apa yang menyesakkan dadamu, dan engkau tidak suka diketahui oleh manusia.”
– HR Muslim (2553), At-Tirmidzi (2389)

.

Dosa purba senang dilihat; membunuh, mencuri, berzina, memberi dan mengambil rasuah.

.

Dosa moden banyak yang berbentuk halimunan; perlu ada ilmu untuk mengenali dosa-dosa tersebut. Kebanyakan dosa yang terjadi di media sosial dalam bentuk piramid atau MLM.

.

TANGAN BERCAKAP, KAKI BERSAKSI?

.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

Demikian itu disebabkan oleh perbuatan TANGAN kalian sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
– Surah A-l-Anfal, ayat 51.

.

Firman Allah ﷻ:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada hari ini, Kami kunci mulut-mulut mereka, dan TANGAN-TANGAN mereka akan berkata-kata, sedangkan KAKI-KAKI mereka akan memberikan penyaksian terhadap apa yang mereka lakukan.
– Surah Yasin, ayat 65.

.

(more…)

SATU post yang saya baca di salah satu group Telegram (dengan sedikit suntingan):

Bukankah kalau tak ikut sunnah, maka ia menjadi bid`ah?

Menurut apa yang saya diberitahu oleh rakan-rakan, amalan terbahagi kepada 2: amalan sunnah dan amalan bukan sunnah.

Kalau kita buat amalan yang Nabi ﷺ buat, maka kita telah mengikuti sunnah.

Sebaliknya kalau kita tak buat seperti yang Nabi ﷺ buat, maka amalan itu adalah tak sunnah (bahasa kasarnya bid`ah).

Kalau kita campur aduk antara sunnah dengan bukan sunnah, maka amalan itu juga termasuk dalam kategori bid`ah.

(more…)

Fahami Konsep Doa

Posted: September 21, 2017 in Manhaj Umum, Realiti Umat

AWAL Muharram menjelma lagi. Seperti biasa, beberapa soalan panas mula muncul di media-media sosial.

.

Soalan # 1: Ada orang kongsikan doa awal dan akhir tahun seperti ini, adakah kita boleh berdoa begini?

Jawapan saya: Hukum asal dalam berdoa adalah harus, pada mana-mana hari sahaja, tanpa perlu dikhususkan pada akhir tahun mahupun pada awalnya. Namun, sebahagian pihak mula menyebarkan lafaz khusus untuk doa akhir tahun dan awal tahun serta mengajak orang ramai supaya mengamalkannya, seolah-olah doa tersebut merupakan sebahagian daripada doa yang diajarkan oleh Allah ﷻ ataupun Rasul-Nya ﷺ.

.

Bagi saya, sesiapa yang ingin berdoa, silakan berbuat demikian, namun ada beberapa syarat:

.

Syarat pertama: Tidak boleh beri`tiqad bahawa doa akhir tahun & awal tahun adalah sunnah Nabi ﷺ. Bahkan, sewaktu hayat baginda, belum ditentukan bilakah berakhirnya dan bermulanya tahun. Pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam terjadi pada zaman pemerintahan Amir Al-Mu’minin `Umar Al-Khaththab radhiyallahu `anhu. Oleh itu, tidak dapat diterima akal yang sihat untuk kita katakan doa akhir tahun dan awal tahun diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.

.

Syarat kedua: Tidak boleh beri`tiqad bahawa doa akhir tahun & awal tahun mempunyai fadhilat khusus. Saya dapati sebahagian pihak yang menyebarkan lafaz kedua-dua doa ini akan menyertakan fadhilatnya:

Barangsiapa membaca doa ini (yakni doa akhir tahun) daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.

Barangsiapa membaca doa ini (yakni doa awal tahun) maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

.

Sekiranya difikirkan dengan akal yang sihat, fadhilat ini memang kelihatan tidak logik. Doa yang tidak mungkin diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, namun menyentuh tentang perkara ghaib (yakni keluhan syaitan). Tidak mungkin seseorang manusia boleh tahu keadaan atau kata-kata syaitan tanpa sebarang panduan wahyu.

. (more…)

Banyak isu yang timbul kebelakangan ni, cuma tak sempat nak kongsikan semuanya. Antara yang agak mengejutkan adalah apabila ada orang bertanya: “Apa hukum solat berimamkan seorang yang berakidah Asya`irah?
Solatnya akan jadi kurang kualiti ke?”

.

Saya agak terkejut apabila membaca soalan ini di salah satu group Telegram. Kenapa isu ini boleh timbul? Apa kedudukan golongan Asya`irah-Maturidiyyah di sisi individu yang bertanya, seolah-olah solat kedua-dua golongan tersebut bermasalah.

.

Bagaimana pula dengan para a’immah daripada kedua-dua golongan ini; An-Nawawi, Ibn Hajar Al-`Asqalani? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bagaimana pula dengan para asatidzah kita yang berpegang kepada Asya`irah-Maturidiyyah; SS Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli al-Bakri, Ustaz Aizam Mas’ud? Adakah solat mereka juga bermasalah?

.

Bersederhanalah dalam berbeza pendapat. Saya syorkan bagi sesiapa yang ada kelapangan, sila luangkan sedikit masa untuk mendengar penjelasan para asatidzah tentang Asya`irah-Maturidiyyah. Boleh cari ceramah-ceramah Ustaz Aizam, Maulana Asri, dll di Youtube, kemudian betulkan persepsi kita terhadap golongan Asya`irah-Maturidiyyah.

.

Sesungguhnya mereka juga sebahagian daripada Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah.

Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas:

Hari ini, 8 Disember 2016, saya diminta untuk menyampaikan satu tazkirah dalam perhimpunan bulanan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, di hadapan staf-staf daripada semua unit. Saya dimaklumkan tentang tugasan ini 2 hari yang lepas. Dalam kepala saya, muncul beberapa topik yang boleh saya sampaikan dalam sesi tazkirah tersebut. Agak pening untuk memilih topik yang menarik.

 

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih ayat 2 surah Al-Baqarah sebagai point utama saya. Saya mulakan tazkirah dengan membaca ayat tersebut, kemudian saya bacakan pula terjemahannya.

 

“Kitab ini (Al-Qur’an) tiada keraguan padanya, PETUNJUK BAGI ORANG YANG BERTAQWA.”

 

Kemudian, saya lontar beberapa persoalan:

  • Umat Islam di Malaysia kebanyakannya telah diperkenalkan kepada Al-Qur’an dalam usia yang muda, kenapa sebahagian daripada kita seolah-olah langsung tidak mendapat petunjuk daripadanya?
  • Kita diajarkan membaca Al-Qur’an sejak kecil, tetapi kenapa apabila meningkat dewasa, iman kita seolah-olah tidak bertambah? Bahkan, sebahagian daripada kita semakin teruk perangainya.
  • Kenapa orang yang dibesarkan dalam agama Kristian, atau Buddha, atau Hindu, apabila mereka memeluk Islam, mereka lebih mantap pegangan agamanya berbanding kita, yang dibesarkan dalam agama Islam? Sekiranya dibandingkan, sudah pasti tempoh kita berinteraksi dengan Al-Qur’an lebih lama berbanding mereka.
  • Adakah Al-Qur’an yang kita gunakan berbeza dengan Al-Qur’an yang mereka gunakan, sehingga mereka menjadi lebih mantap imannya?

 

(more…)

TREND baru di kalangan orang yang suka menyebarkan petua REKAAN yang kelihatan ISLAMIK adalah:

Perbuatan + Ayat Al-Qur’an atau Selawat atau Zikir (dengan bilangan tertentu) + Niat

“INSYA’ALLAH” hajat akan dimakbulkan oleh Allah ﷻ

 

HEBAT! Hanya berbekalkan kalimah “Insya’allah”, semua perkara boleh diamalkan.

 

Contohnnya banyak, antaranya:

  1. Baca surah Thaha kepada anak yang sedang tidur, INSYA’ALLAH hatinya menjadi lembut, degilnya akan berkurang.
  2. Baca surah Yusuf ketika mengandung, INSYA’ALLAH anak akan jadi handsome macam Nabi Yusuf.
  3. Baca ayat 31 surah Ali `Imran, INSYA’ALLAH hati suami hanya akan terpikat kepada kita (para isteri).
  4. Baca surah Al-Masad kalau tangan terkena api, INSYA’ALLAH sakit akan kurang.
  5. Baca ayat 9 surah Yasin, INSYA’ALLAH rumah kita akan “dipagar” daripada pencuri.

(more…)

DUA hari lepas (Ahad), telah berlaku satu perbincangan tentang hukum khitan bagi perempuan dalam salah satu WhatsApp group saya (group locum). Ramai juga rakan doktor saya yang memberikan pendapat masing-masing; sebahagian besarnya menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, namun ada pula yang berpegang dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mengatakan khitan bagi perempuan adalah wajib.

Lalu, beberapa link youtube mula dikongsikan, masing-masing mengajak ahli group mendengar penjelasan daripada beberapa orang ustaz terkenal.

 

Pada mulanya, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri, kerana bagi saya, memang isu ini khilaf di kalangan `ulama’, sama ada wajib atau sunat. Tidak salah sekiranya kita ingin mengutarakan pendapat peribadi kita, tetapi jangan sampai mewajibkan orang lain mengikutinya.

 

Namun, ada satu kenyataan daripada salah seorang rakan yang membuatkan saya kurang senang. Katanya, menurut mazhab Asy-Syafi`i dan Hanbali, khitan bagi perempuan adalah wajib.

 

Saya hairan, seingat saya, mazhab Al-Hanabilah menganggap khitan bagi perempuan tidak wajib, berbeza dengan mazhab Asy-Syafi`i yang mewajibkan khitan kepada lelaki dan perempuan.

.

(more…)

ANTARA bid`ah munkarah yang pernah berlaku di negara kita adalah solat raya pada 8 Syawal, sempena selesainya puasa 6 hari di bulan Syawal (bermula dari 2 Syawal sehingga 7 Syawal).

Solat ini adalah bercanggah dengan sunnah Rasulullah ﷺ.

Sebagaimana yang kita tahu, solat raya dan takbirnya adalah syi`ar bagi hari raya puasa (`Id Al-Fitri) dan hari raya korban (`Id Al-Adha). Tidak boleh mendirikan solat raya selain daripada kedua-dua perayaan ini.

Semoga Syawal tahun ini tiada lagi acara bid`ah seperti ini. Amin.