Archive for the ‘Realiti Umat’ Category

SAYA pernah diajukan satu soalan; benarkah Valak (hantu dalam filem Conjuring 2) merupakan salah satu daripada 72 syaitan utama dalam kitab sihir yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman `alaihi as-salam?

Berikut adalah jawapan saya.

Untuk pengetahuan kita semua, Allah ﷻ telah menceritakan beberapa kisah tentang Nabi Sulaiman dalam Al-Qur’an, namun tiada satu pun ayat yang bercerita tentang Valak, bahkan tiada satu pun yang bercerita tentang kitab sihir yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman.

Ini bererti ada 2 kemungkinan.

(more…)

JANGAN tergesa-gesa, cuba cari lagi. Ada kitab yang orang lain baca, kita tak baca. Ada yang belum kita jumpa pun.

Inilah hujah yang diberikan ketika salah satu petua ustat selebriti dikritik. Saya katakan, kalau guna sifir “mungkin ada, tapi kita tak tahu,” banyak benda akan jadi kacau. Semua andaian kita boleh buat.

Risau ada yang dakwa tak boleh makan ikan atau sotong celup tepung sebab “mungkin Nabi larang makanan yang dicelup tepung, cuma kita je yang tak tahu.”

Risau pula ada yang dakwa tak boleh tidur selepas Zuhur sebab “mungkin Nabi larang selepas Zuhur, cuma kita je tak tahu.”

Sekiranya kita gunakan sifir ini, memang dalam semua bab akan timbul ragu-ragu sebab risau “mungkin Nabi larang, cuma kita tak tahu.”

Sepatutnya apabila kita ingin mengamalkan sesuatu amalan atau meninggalkannya atas dasar syari, kita harus sandarkan kepada dalil yang jelas dan shahih, bukan menyandarkannya kepada andaian semata-mata. Sekiranya ada ilmu yang belum sampai kepada kita, semoga Allah mengampunkan kita atas kedha`ifan kita.

Sekian.

ISU Al-Imam Muda yang berbicara tentang vaksin beberapa hari lalu sudah sepi. Namun, parut di hati ini masih berdarah lagi. Bab mempermainkan kematian kanak-kanak yang malang itu satu perkara besar, ditambah pula bab ego Al-Imam Muda yang dengan yakinnya mengatakan bahawa dirinya beroleh pahala akibat cacian dan kejian yang diterimanya daripada orang awam.

Katanya 1 kes sahaja yang meninggal akibat Difteria, bukannya 1%. Pertama, memang kita bukan Tuhan untuk mengatakan sesiapa yang mendapat suntikan pelalian Difteria pasti selamat, namun suntikan pelalian itu merupakan salah satu ikhtiar pencegahan daripada jangkitan yang teruk.

Isunya sama sahaja dengan penunggang motorsikal yang memakai topi keselamatan. Memang kita akui masih ramai penunggang motorsikal meninggal akibat kemalangan jalan raya walaupun mereka telah memakai topi keselamatan, adakah ini bererti kita tak patut memakainya?

Berapa ramai pesakit demam denggi yang meninggal walaupun telah mendapatkan rawatan. Adakah ini bererti para doktor tidak perlu merawat mereka, dengan alasan “Tak tahu pulak pesakit denggi yang mendapat rawatan dapat extra nyawa?”

Kedua, untuk penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi (vaccine-preventable disease, VPD), kehilangan satu nyawa akibat kegagalan untuk mendapat suntikan pelalian amatlah besar. 1 nyawa sudah cukup menggegarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tak perlu tunggu sampai 1% (1% daripada 30 juta penduduk = 300 ribu orang).

Kemudian beliau mengatakan “Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin.” Bagi saya, sindiran seperti ini tidak patut keluar daripada seorang selebriti (mungkin selebriti kot) seperti beliau. Bab malaikat maut adalah perkara ghaib, kalau betul nak mengusik, tak perlulah kita mengusik malaikat maut sekali.

Beliau kemudiannya memadam status pertamanya, kerana TERLALU BANYAK PAHALA yang beliau dapat sepanjang petang tersebut, dan beliau telah menyebabkan RAMAI KEHILANGAN PAHALA dan BERTAMBAH DOSA. Saya tidak pasti kenapa beliau cukup yakin untuk mengeluarkan pernyataan seperti ini. Adakah urusan pahala dan dosa sudah mula jelas di mata para agamawan selebriti sehingga beliau begitu yakin?

Beliau akhirnya menjelaskan alasannya memuatnaik status pertama, beliau melihat seolah-olah sesuatu itu dianggap seperti lebih berkuasa daripada takdir. Perkataan “seolah-olah” itu menunjukkan bahawa beliau sendiri bukan 100% yakin bahawa golongan pro-vaksin memang menganggap vaksin lebih berkuasa daripada Allah. Kenapa perlu mengusik kes kematian seperti ini? Kami para doktor, tidak pernah menjanjikan kesihatan 100% kepada para pesakit. Begitu juga para pesakit kami, mereka tahu ubat yang dibekalkan oleh doktor hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata, bukannya sesuatu yang pasti.

Mungkin bagi orang ramai, isu ini sudah berakhir dengan permintaan maaf Al-Imam Muda secara terbuka. Namun, bagi saya, isu ini seumpama memaku paku ke dinding kayu, kita boleh buang paku tersebut, tetapi kesan yang tertinggal akan terus berlubang sampai ke bila-bila. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua; “Tanyakanlah kepada ahli zikr sekiranya kalian tidak mengetahui.”

Wallahu a`lam.

BEBERAPA hari yang lalu, saya menerima satu soalan berkenaan satu kejadian di Kota Tinggi, Johor, tentang kelahiran seekor anak kambing yang menyerupai manusia. Penanya bertanya tentang tatacara menguruskan bayi kambing tersebut.

Kambing

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, izinkan saya membangkitkan beberapa persoalan.

(more…)

SEBAHAGIAN sahabat sufi kita memuatnaik satu gambar, dengan tujuan asal untuk menyindir sahabat salafi kita. Namun sayangnya, sindiran tersebut akhirnya terkena kepada mereka sendiri.

Untitled3

Kononnya, gambar ini merupakan sindiran kepada sahabat salafi kita, lalu ditulis status:

“Makin ramai yang faham Islam secara wijadah (jumpa maklumat dalam kitab kemudian faham sendiri dan amalkan tanpa berguru), bukan lagi secara tradisi talaqqi dengan guru yang mewarisi ilmu yang sahih secara turun temurun…”

(more…)

Mu-Hard-Disk?

Posted: September 4, 2015 in Manhaj Muhadditsin, Realiti Umat

muhaddits.

NAMPAKNYA isu hadits palsu masih belum selesai. Ada pihak yang mula menyebarkan poster di atas, mungkin dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak lawannya. Namun, sayang seribu kali sayang, saya melihat poster ini hanyalah menyerlahkan lagi kejahilan pihak yang menyebarkannya. Kenapa saya berkata begitu?

.

(more…)

photo_2015-08-21_22-13-54

SEMENJAK kebelakangan ini, timbul satu isu baru, iaitu ada pihak yang mula menyebarkan poster di atas; poster yang membahagikan hadits kepada maqbul dan mardud. Pertama kali saya lihat poster tersebut, saya agak terkejut. Sejak bila hadits dha`if diletakkan bawah kategori maqbul (hadits yang diterima)?

Saya belek buku Taisir Mushthalah Al-Hadits (تيسير مصطلح الحديث) karya Dr. Mahmud Ath-Thahhan (محمود الطحان); penjelasan beliau dalam buku tersebut sama seperti apa yang saya faham melalui kuliah para asatidzah sebelum ini; hadits maqbul (hadits yang diterima) hanyalah hadits shahih dan hasan, sedangkan selain kedua-duanya akan masuk dalam kategori hadits mardud (hadits yang ditolak).

(more…)

Untitled

HARI ini berkali-kali saya mendapat pertanyaan yang sama: Shahih ke apa yang ustazah tu sebut?

 

من صلَّى عليَّ في يومِ جمعةٍ ثمانين مرةً ، غُفِرَتْ له ذنوبُ ثمانين عامًا
الراوي : أبو هريرة – المحدث : ابن حجر العسقلاني
المصدر : لسان الميزان – الصفحة أو الرقم: 2/563 – خلاصة حكم المحدث : منكر

Ini adalah lafaz paling hampir yang saya jumpa (tanpa lafaz selepas Asar): “Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Juma`at sebanyak 80 kali, diampun dosa-dosanya selama 80 tahun.” – Menurut Ibn Hajar: Hadits ini munkar.

Namun harus diingat,

PERTAMA: Kita wajib periksa; benar atau tidak kata-kata di atas berasal daripada ustazah tersebut? Ingat pesanan Allah:

إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Sekiranya datang kepada kalian seorang fasiq membawa suatu berita, selidikilah kebenarannya, supaya kalian tidak menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu, sehingga menjadikan kalian menyesali apa yang kamu telah lakukan. [Al-Hujurat, ayat 6]

KEDUA: Munkar dalam istilah hadits bukanlah bermaksud sesuatu yang buruk (tidak seperti dalam konteks mencegah perbuatan munkar). Munkar dalam hadits adalah suatu hadits yang mempunyai kesalahan perawi, sama ada dalam matan atau sanad.

KETIGA: Munkarnya hadits ini bukanlah bererti kita menolak amalan berselawat ke atas Nabi pada hari Juma`at.

KEEMPAT: Hadits ini tidak boleh dijadikan fadha’il amal sebab tidak memenuhi salah satu syaratnya: iaitu hadits dha`if yang digunakan untuk fadha’il amal hendaklah hadits dha`if yang ringan, sedangkan munkar adalah kedha`ifan yang berat.

Wallahu a`lam.

ISU penambahan sayyidina dalam solat muncul lagi. Kali ini dibangkitkan oleh sekumpulan asatidzah. Katanya sebahagian `ulama’ Asy-Syafi`iyyah mengharuskan, atas dasar hormat dan adab kepada Rasulullah ﷺ. Jadi amalan ini termasuk dalam khilaf yang dibenarkan. Tidak mengapalah kalau begitu. Namun, saya tetap memilih untuk tidak menyebut sayyidina dalam solat. Mengapa?

Sebelum membahas lanjut tentang isu ini, ingin saya jelaskan bahawa saya sedar bahawa saya bukanlah seorang yang bergelar ustaz, bukanlah seorang yang memiliki segulung sijil dalam bidang agama. Saya hanyalah seorang pegawai perubatan (atau doktor perubatan) yang masih baru dalam mengenal hadits dan sunnah Rasulullah ﷺ.

Namun, saya juga sedar bahawa kita memang dituntut untuk menghormati dan beradab dengan baginda ﷺ. Cuma saya mempunyai definisi tersendiri tentang “menghormati” dan “beradab” dengan baginda ﷺ. Berikut adalah penjelasannya.

(more…)

APA pendapat anda sekiranya anda membaca dialog berikut:

 

Dialog TUHAN dan manusia:

Tuhan: “Hamba-Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!”

Hamba: “Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya.”

Tuhan: “Hamba-Ku, lakukan 2 rakaat syafa’ dan 1 rakaat witir saja!”

Hamba: “Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam.”

Tuhan: “Hamba-Ku solat witir saja..”

Hamba: “Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?”

Tuhan: “Hamba-Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH…”

(more…)