Archive for the ‘Renungan’ Category

Tajuk: Dosa Halimunan di Media Sosial
Penceramah: Ustaz Abdullah Bukhari
Tarikh: 10 April 2016
Video asal: https://www.youtube.com/watch?v=SCab4-uYGlI
Tempoh video: 1 jam 2 minit 53 saat

.

DEFINISI DOSA

.

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الأَنْصَارِيِّ، قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الْبِرِّ وَالإِثْمِ ، قَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Daripada An-Nawwas bin Sam`an Al-Anshari, sabda Rasulullah ﷺ tentang kebaikan dan dosa, katanya: “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah apa yang menyesakkan dadamu, dan engkau tidak suka diketahui oleh manusia.”
– HR Muslim (2553), At-Tirmidzi (2389)

.

Dosa purba senang dilihat; membunuh, mencuri, berzina, memberi dan mengambil rasuah.

.

Dosa moden banyak yang berbentuk halimunan; perlu ada ilmu untuk mengenali dosa-dosa tersebut. Kebanyakan dosa yang terjadi di media sosial dalam bentuk piramid atau MLM.

.

TANGAN BERCAKAP, KAKI BERSAKSI?

.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

Demikian itu disebabkan oleh perbuatan TANGAN kalian sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
– Surah A-l-Anfal, ayat 51.

.

Firman Allah ﷻ:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada hari ini, Kami kunci mulut-mulut mereka, dan TANGAN-TANGAN mereka akan berkata-kata, sedangkan KAKI-KAKI mereka akan memberikan penyaksian terhadap apa yang mereka lakukan.
– Surah Yasin, ayat 65.

.

(more…)

Advertisements

KITA kena faham, apabila seseorang bertanya tentang satu masalah agama yang sedang dihadapinya, bererti dia benar-benar mengharapkan satu solusi daripada pihak yang lebih arif. Sekiranya kita tak tahu jawapannya, lebih baik kita diam daripada memberikan respon.

 

Satu kejadian yang baru berlaku dalam group Telegram, seorang bertanya tentang status solat `Asarnya sekiranya ketika dia sedang berada di raka`at ketiga, terdengar azan Maghrib dikumandangkan; adakah dia perlu teruskan solat atau berhenti, dan adakah dia perlu qadha’ kembali solat `Asar tersebut?

 

Soalan daripada penanya (dengan sedikit suntingan):

Saya solat Asar lewat, dah masuk rakaat ke-3 azan Maghrib masuk. Kena stop or teruskan?? ke kena ulang qada??

 

Ada yang memberikan jawapan ringkas; TERUSKAN SOLAT. Ada pula yang menukilkan hadits dalam masalah tersebut:

Hadith Tirmizi:

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ وَعَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ وَعَنْ الْأَعْرَجِ يُحَدِّثُونَهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ مِنْ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ وَمَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْعَصْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَائِشَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَبِهِ يَقُولُ أَصْحَابُنَا وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ وَمَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَهُمْ لِصَاحِبِ الْعُذْرِ مِثْلُ الرَّجُلِ الَّذِي يَنَامُ عَنْ الصَّلَاةِ أَوْ يَنْسَاهَا فَيَسْتَيْقِظُ وَيَذْكُرُ عِنْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَعِنْدَ غُرُوبِهَا

Barangsiapa mendapatkan satu rakaat salat subuh sebelum terbitnya matahari maka ia telah mendapatkannya. Dan barangsiapa mendapatkan satu rakaat salat asar sebelum terbenamnya matahari maka ia telah mendapatkannya. Ia berkata; Dalam bab ini juga ada riwayat dari ‘Aisyah. Abu Isa berkata; Hadith Abu Hurairah darjatnya hasan sahih.
Pendapat inilah yg diambil oleh para sahabat kami, Syafi’i, Ahmad & Ishaq. Menurut mereka, hadith ini berlaku bagi seseorang yang uzur, seperti seorang laki-laki yang ketinggalan salat kerana tertidur atau lupa, lalu ia bangun atau teringat ketika matahari terbit atau terbenam. [HR. Tirmizi No.171]

 

Namun, ada juga yang memberikan respon yang menurut pandangan saya, tidak memberikan apa-apa penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh penanya (dengan sedikit suntingan): (more…)

Mereka Lebih Sayangkan Bid`ah?

Posted: September 11, 2017 in Renungan

MENGANTUK!

.

Dah sampai masa untuk tidur. Seharian berkursus hari ni, memang menarik tapi terlalu banyak informasi yang perlu dihadam. Kena rehat cukup-cukup malam ni, esok sambung lagi sehari kursus HIV ni. Cuma, sebelum tidur, saya nak bagi teguran sikit kepada sahabat-sahabat salafi. Janganlah kita anggap semua tindakan orang lain salah. Janganlah anggap hanya kita kelompok yang betul.

.

Teringat pesanan Ustaz Aizam Masod (saya sebutkan riwayat bil makna): “Sepatutnya kita da`wah biar lebih ramai umat masuk syurga. Ni tak, semua orang dikeluarkan daripada kelompok ASWJ.”

.

Sewaktu saya berkursus tadi, saya ada baca salah satu komen daripada seorang rakan salafi di salah satu group telegram, katanya (ni riwayat bil lafzi):

Sedih sangat…mereka lebih sayang kn bidaah drpd amalkan sunnah

.

Bagi saya, kenyataan ini sedikit keterlaluan. Saya tak setuju dengan kenyataan tersebut.

.

(more…)

Alah Bisa, Tegal Biasa…

Posted: November 28, 2016 in Hadits, Renungan

alah-bisa-tegal-biasa

Titik Hitam di Qalbu

Posted: December 25, 2013 in Renungan

Titik Hitam Dalam Qalbu

Tegur Pun Salah?!

Posted: November 12, 2013 in Manhaj Umum, Realiti Umat, Renungan

Artis tengah marah

Seorang artis wanita Muslim melenting apabila seorang peminat menegur gambar seksinya yang dimuat naik ke Instagram. Malah artis tersebut menyalahkan peminat tersebut kerana “menjaga di tepi kain orang.” Katanya lagi wanita bertudung belum tentu lebih baik daripada wanita tidak bertudung.

(more…)

SEORANG saudara kita yang beraliran “salafi” pernah mengatakan, haram hukumnya beramal dengan hadits dha`if.

 

Jujur saya katakan, saya tidak pernah tahu bahawa kita diharamkan beramal dengan hadits dha`if. Wallahu a`lam, boleh jadi beliau benar dalam bab ini. Lagipun saya hanyalah seorang budak yang baru belajar tentang hadits.

  (more…)