Sebelum Amalkan Zikir Rekaan…

Posted: February 25, 2018 in Fiqh (Umum)

SOALAN tentang pengamalan zikir rekaan muncul kembali. Jawapan saya: Sebelum anda istiqamah mengamalkan mana-mana wirid yang tidak shahih daripada Nabi ﷺ, mungkin anda boleh cuba amalkan terlebih dahulu 3 amalan berikut yang memang shahih daripada baginda ﷺ.

.
Amalan pertama:

Membaca لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ sebanyak 100 kali setiap hari.

مَنْ قَالَ: “لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهْوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏”،‏ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6403 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Sesiapa yang mengucapkan  لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ pada setiap hari sebanyak 100 kali, baginya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan baginya 100 keburukan, dia terlindung daripada syaitan pada hari tersebut sehingga waktu petang, dan tiada seorang pun yang lebih utama daripadanya melainkan orang yang membaca lebih daripadanya.

[Shahih Al-Bukhari, no. 6403]

.
Amalan kedua:

Membaca سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali pada waktu pagi, dan 100 kali pada waktu petang.

مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي: “سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ” مِائَةَ مَرَّةٍ، لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2692 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Sesiapa yang bertasbih pada waktu pagi dan petang: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali, tiada orang yang akan datang pada hari Qiyamah dengan keutamaan yang lebih daripadanya, melainkan orang yang bertasbih sama sepertinya atau bertasbih lebih daripadanya.

[Shahih Muslim, no. 2692]

.
Amalan ketiga:

Beristighfar sebanyak 100 kali setiap hari.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ! تُوبُوا إِلَى اللَّهِ، فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
الراوي : الأغر المزني أبو مالك | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2702 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Wahai manusia! Bertaubatlah kalian kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya pada setiap hari sebanyak 100 kali.

[Shahih Muslim, no. 2702]

.

Semoga ketiga-tiga amalan ini menjadi amalan harian kita, insya’allah.

Advertisements

.

TAJUK: Apabila Tuhan Berbicara

.

PENULIS: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

.

Alhamdulillah, ini merupakan buku kedua yang telah saya habiskan pembacaannya. Sebuah buku yang agak santai penulisannya, mengumpulkan kisah-kisah yang dilalui oleh penulisnya; sama ada dialog antara beliau dengan anaknya atau orang di sekeliling, atau pengisiannya dalam kuliah-kuliah beliau. Untuk setiap tajuk, penulis akan membawakan ayat-ayat Al-Qur’an atau hadits-hadits yang berkaitan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Oleh itu, kita dapat rasakan seolah-olah Al-Qur’an sememangnya “hidup” dalam kehidupan kaum muslimin, bukan sekadar dibaca tanpa difahami isi kandungannya. Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian; (1) tajuk-tajuk tentang `aqidah, (2) tajuk-tajuk tentang Akhirat, (3) tajuk-tajuk tentang Al-Qur’an, dan (4) tajuk-tajuk tentang ibadah. Setiap tajuk pula tidaklah berkaitan antara satu sama lain, dan para pembaca boleh memilih untuk membaca keseluruhan buku ini secara berturutan atau secara rawak.

.

TAJUK: Imam Mahdi: Menyingkap Rahsia Penyelamat Yang Dinanti-nanti

PENULIS: Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin, Ph.D.

.

Sebuah buku yang informatif, banyak menyajikan perbezaan antara Al-Mahdi menurut perspektif Ahlu As-Sunnah dan Syi`ah. Bahkan, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa penulis lebih banyak mengemukakan ajaran-ajaran yang dianuti oleh kaum Syi`ah (Mungkin ini merupakan bidang pengkhususan penulis, kerana beliau juga pernah menulis buku “Adakah Kawanku Syiah?” dan “Agenda Politik Syiah”). Penulis telah membahas topik ini dengan begitu terperinci dan menukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan (dinyatakan sumber asal riwayat, namun tidak semuanya dinyatakan status riwayatnya, sama ada shahih, hasan, dha`if, dan selainnya). Selain itu, penulis juga membawakan kenyataan beberapa orang tokoh yang menimbulkan kontroversi dalam kepercayaan terhadap Al-Mahdi, sekali gus menjawab argumentasi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ini. Keluasan ilmu dan pengetahuan penulis tentang ajaran Syi`ah benar-benar terserlah dalam tiga bab terakhir apabila beliau mampu untuk mengemukakan perbezaan pegangan mazhab-mazhab yang wujud dalam Syi`ah tentang Al-Mahdi Al-Muntazhar.

Boleh ke Nak Amal Zikir Rekaan?

Posted: February 8, 2018 in Fiqh (Umum)

BEBERAPA hari yang lalu, satu soalan muncul dalam salah satu group Telegram: Adakah zikir yang tidak shahih daripada Rasulullah ﷺ boleh diamalkan?

 

Jawapan saya:

  1. Utamakan zikir-zikir yang shahih terlebih dahulu (kena amalkan yang shahih terlebih dahulu). Kalau yang shahih ditinggalkan tapi zikir rekaan diamalkan, bererti zikir rekaan wajib ditinggalkan.
  2. Jangan mempromosikan zikir rekaan ini kepada orang lain atau ajak orang lain untuk turut mengamalkannya.
  3. Jangan amalkan zikir rekaan ini di hadapan orang lain, sehinggakan orang awam menganggap zikir rekaan ini betul-betul ajaran Nabi ﷺ.
  4. Kena maklumkan kepada orang lain bahawa zikir ini bukan sunnah Rasulullah ﷺ, dan berdosa sesiapa yang sengaja menyandarkannya kepada Nabi ﷺ.
  5. Kalau tetap ingin mengamalkannya, tidak boleh ada apa-apa i`tiqad dalam minda kita bahawa zikir rekaan ini ada kelebihan, walaupun sedikit.

 

Wallahu a`lam.

TIMBUL satu persoalan daripada seorang guru Maahad Tahfiz. Beliau ingin menggalakkan pelajarnya untuk membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan ketika mengimami solat Subuh di pagi Juma`at untuk melazimi sunnah Rasul ﷺ, dan sesekali beliau akan meminta pelajarnya untuk memilih surah lain supaya amalan tersebut tidak dianggap sebagai suatu kewajipan. Sehinggalah baru-baru ini, seorang ahli jama`ah menegur dan meminta agar tidak lagi dibaca surah As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat Subuh di pagi Juma`at kerana sebahagian ahli jama`ah terpaksa berkejar untuk keluar bekerja. Beliau bertanya, adakah salah sekiranya beliau menolak permintaan ahli jama`ah tersebut dan mencadangkannya untuk solat Subuh di pagi Juma`at di surau lain, atau solat Subuh di rumah sahaja pada hari Juma`at? Bagi beliau, tidak patut sunnah sebegini ditinggalkan hanya untuk memuaskan hati seorang dua yang boleh memilih alternatif lain jika tidak mahu mengejar sunnah bersama mereka.

Read the rest of this entry »

Tajuk: Dosa Halimunan di Media Sosial
Penceramah: Ustaz Abdullah Bukhari
Tarikh: 10 April 2016
Video asal: https://www.youtube.com/watch?v=SCab4-uYGlI
Tempoh video: 1 jam 2 minit 53 saat

.

DEFINISI DOSA

.

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الأَنْصَارِيِّ، قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الْبِرِّ وَالإِثْمِ ، قَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Daripada An-Nawwas bin Sam`an Al-Anshari, sabda Rasulullah ﷺ tentang kebaikan dan dosa, katanya: “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah apa yang menyesakkan dadamu, dan engkau tidak suka diketahui oleh manusia.”
– HR Muslim (2553), At-Tirmidzi (2389)

.

Dosa purba senang dilihat; membunuh, mencuri, berzina, memberi dan mengambil rasuah.

.

Dosa moden banyak yang berbentuk halimunan; perlu ada ilmu untuk mengenali dosa-dosa tersebut. Kebanyakan dosa yang terjadi di media sosial dalam bentuk piramid atau MLM.

.

TANGAN BERCAKAP, KAKI BERSAKSI?

.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

Demikian itu disebabkan oleh perbuatan TANGAN kalian sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
– Surah A-l-Anfal, ayat 51.

.

Firman Allah ﷻ:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada hari ini, Kami kunci mulut-mulut mereka, dan TANGAN-TANGAN mereka akan berkata-kata, sedangkan KAKI-KAKI mereka akan memberikan penyaksian terhadap apa yang mereka lakukan.
– Surah Yasin, ayat 65.

.

Read the rest of this entry »

KITA kena faham, apabila seseorang bertanya tentang satu masalah agama yang sedang dihadapinya, bererti dia benar-benar mengharapkan satu solusi daripada pihak yang lebih arif. Sekiranya kita tak tahu jawapannya, lebih baik kita diam daripada memberikan respon.

 

Satu kejadian yang baru berlaku dalam group Telegram, seorang bertanya tentang status solat `Asarnya sekiranya ketika dia sedang berada di raka`at ketiga, terdengar azan Maghrib dikumandangkan; adakah dia perlu teruskan solat atau berhenti, dan adakah dia perlu qadha’ kembali solat `Asar tersebut?

 

Soalan daripada penanya (dengan sedikit suntingan):

Saya solat Asar lewat, dah masuk rakaat ke-3 azan Maghrib masuk. Kena stop or teruskan?? ke kena ulang qada??

 

Ada yang memberikan jawapan ringkas; TERUSKAN SOLAT. Ada pula yang menukilkan hadits dalam masalah tersebut:

Hadith Tirmizi:

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ وَعَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ وَعَنْ الْأَعْرَجِ يُحَدِّثُونَهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ مِنْ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ وَمَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْعَصْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَائِشَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَبِهِ يَقُولُ أَصْحَابُنَا وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ وَمَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَهُمْ لِصَاحِبِ الْعُذْرِ مِثْلُ الرَّجُلِ الَّذِي يَنَامُ عَنْ الصَّلَاةِ أَوْ يَنْسَاهَا فَيَسْتَيْقِظُ وَيَذْكُرُ عِنْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَعِنْدَ غُرُوبِهَا

Barangsiapa mendapatkan satu rakaat salat subuh sebelum terbitnya matahari maka ia telah mendapatkannya. Dan barangsiapa mendapatkan satu rakaat salat asar sebelum terbenamnya matahari maka ia telah mendapatkannya. Ia berkata; Dalam bab ini juga ada riwayat dari ‘Aisyah. Abu Isa berkata; Hadith Abu Hurairah darjatnya hasan sahih.
Pendapat inilah yg diambil oleh para sahabat kami, Syafi’i, Ahmad & Ishaq. Menurut mereka, hadith ini berlaku bagi seseorang yang uzur, seperti seorang laki-laki yang ketinggalan salat kerana tertidur atau lupa, lalu ia bangun atau teringat ketika matahari terbit atau terbenam. [HR. Tirmizi No.171]

 

Namun, ada juga yang memberikan respon yang menurut pandangan saya, tidak memberikan apa-apa penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh penanya (dengan sedikit suntingan): Read the rest of this entry »