TAJUK: Nota Daripada Tuhan

PENULIS: Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

.

Satu lagi karya yang menarik daripada Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim dengan tagline “Himpunan Tafsir Al-Quran Ringkas untuk Orang Moden”. Berbeza dengan buku beliau yang pernah saya baca sebelum ini, penulis kali ini menghuraikan kisah Fir`aun dalam beberapa bab yang disusun secara berturut-turut. Begitu juga kisah Nabi Yusuf `alaihi as-salam. Saya berpendapat susunan sebegini lebih menyeronokkan untuk dibaca berbanding cara yang dipaparkan dalam buku beliau yang saya baca sebelum ini -tiada kelangsungan antara satu tajuk dengan tajuk berikutnya-. Selain itu, dalam beberapa tajuk penulis juga membawakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di zaman kita hari ini, kemudian beliau akan mengaitkannya dengan tafsiran ayat-ayat Al-Qur’an tertentu, menjadikan ayat-ayat tersebut “hidup” dalam kehidupan moden kita hari ini. Buku ini sangat disyorkan kepada golongan yang inginkan bacaan yang santai.

PERJALANAN kita di bulan Sya`ban bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Namun, kemeriahan sambutannya tidak begitu dirasai berbanding tahun-tahun yang lalu kerana berlakunya perubahan yang mengejutkan dalam lanskap politik negara kita.

.

Saya tidak berniat untuk berbicara tentang politik. Fokus penulisan saya kali ini adalah ibadah sepanjang Ramadhan.

.

Minat saya untuk mendalami hukum-hakam fiqh puasa bermula pada tahun 2015. Saya banyak meluangkan masa untuk mencari perbahasan tentang bab ini dalam kitab fiqh, fatwa kontemporari, isu yang dimuatkan dalam akhbar tempatan, dan soalan yang diajukan kepada para asatizah di media sosial.

.

Berdasarkan pemerhatian saya, boleh saya katakan bahawa tidak sedikit kaum muslimin di Malaysia yang menjadikan ibadah di bulan Ramadhan sebagai adat semata-mata. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran, kelebihan, bahkan pengampunan, seolah-olah tidak dihargai dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sehinggakan apabila disebut โ€œbulan Ramadhanโ€, kita hanya membayangkan lapar, dahaga, dan juadah berbuka puasa.

. Read the rest of this entry »

NISFU Sya`ban telah berlalu. Ramadhan bakal menjelma dalam tempoh lebih kurang 10 hari lagi. Sudah tiba masanya untuk kita kembali mengulang kaji fiqh berkaitan ibadah puasa Ramadhan agar puasa kali ini tidaklah sia-sia; bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa sebarang ganjaran dan pahala. Di sini, saya telah menyenaraikan pautan-pautan mengikut tajuk fiqh yang pernah dibahas oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (http://muftiwp.gov.my/ms/).

 

Sebelum Ramadhan:

 

Persoalan tentang niat puasa:

 

Persoalan umum tentang ibadah puasa Ramadhan:

 

Persoalan tentang hukum-hakam bersahur:

 

Persoalan tentang hukum-hakam ketika sedang berpuasa:

 

Persoalan tentang hukum-hakam berbuka puasa:

 

Solat malam dan Malam Al-Qadr:

 

Zakat fitrah:

 

Setelah berakhir Ramadhan:

 

Perbahasan tentang qadha’, fidyah, kaffarah:

 

Perbahasan tentang hadis-hadis berkaitan Ramadhan atau ibadah puasa:

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Al-Faqir ilallah

Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim

Pegawai Perubatan & Kesihatan

 

Disusun pada 05 Mei 2018 / 19 Sya`ban 1439

 

TAJUK: Rahmat Dalam Perbezaan

PENULIS: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

 

INI merupakan buku keempat yang telah saya habiskan bacaan pada tahun ini, alhamdulillah. Buku yang nipis namun banyak mengajarkan kita tentang adab-adab dalam berbeza pendapat. Penulis memulakan tulisannya dengan memberikan beberapa defisini daripada para `ulama’ tentang istilah khilaf dan ikhtilaf, kemudian beliau telah menyenaraikan sembilan faktor berlakunya perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha’ silam beserta contoh. Setelah itu, penulis menyebutkan adab-adab yang perlu dijaga dalam menghadapi perbezaan pendapat. Satu point yang sangat dititikberatkan oleh penulis menurut saya adalah perbezaan merupakan lumrah insani, namun kita tetap harus bersatu, jangan berpecah, dan jangan melampaui batas.

TAJUK: Evolusi Mazhab Fiqh: Integrasi Wahyu & Akal

PENULIS: Dr. Irwan bin Mohd Subri

 

Alhamdulillah, ini merupakan buku ketiga yang berjaya saya tamatkan pembacaannya pada tahun 2018. Satu buku yang cukup menarik. Secara umumnya, penulis telah membahagikan buku ini kepada dua bahagian yang besar; (1) perbahasan utama tentang sejarah yang mempengaruhi pembentukan mazhab empat, dan (2) himpunan artikel dan kertas kerja. Perbahasan dimulai dengan menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ secara umum. Kemudian penulis telah memperkenalkan beberapa orang tokoh daripada aliran ahli hadits dan aliran ahli ra’yi. Seterusnya penulis menjelaskan faktor penyebab berkembangnya kedua-dua aliran ini dan bagaimana aliran-aliran tersebut telah mempengaruhi setiap seorang daripada pengasas mazhab yang empat (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Asy-Syafi`i, dan Imam Ahmad rahimahumullah). Dalam bahagian kedua pula, penulis telah mengemukakan 33 artikel (2 artikel diberikan tajuk yang berbeza tetapi berulang isi kandungannya) yang berkaitan dengan fatwa dan institusi fatwa. Artikel-artikel ini merupakan buah fikiran penulis yang -pada pandangan saya- sangat baik dan menunjukkan bahawa penulis merupakan seorang yang berpandangan jauh dan berpengetahuan luas dalam isu maqasid syari`ah.

ALHAMDULILLAH, baru ada kesempatan untuk menulis. Sekadar untuk dijadikan sebagai tauladan, ingin saya ceritakan satu kisah yang berlaku di klinik tempat saya bekerja pada hari Ahad yang lalu (11.03.2018).

 

Saya dapat satu kes untuk periksa seorang bayi yang berusia dua bulan (sepatutnya pemeriksaan dilakukan ketika bayi berumur 1 bulan). Seperti biasa, saya bertanya kepada si ibu tentang perkembangan si bayi, tentang penyusuannya, masalah kencing atau berak, demam atau selsema dan sebagaimana. Kemudian, saya tanya lagi tentang masalah kuning yang dihadapinya sewaktu bayi dilahirkan; adakah berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih? Namun si ibu menjawab tidak tahu.

 

Jawapannya sangat menghairankan. Saya terus membelek buku kesihatan bayi, tiada satu pun catatan tentang pemeriksaan serum bilirubin. Rekod lawatan jururawat ke rumah juga tiada sama sekali. Saya bertanya kepada si ibu; adakah tiada jururawat yang melakukan lawatan ke rumah dua bulan yang lalu? Tidak, jawab si ibu. Saya semakin pelik.

 

Biasanya jururawat akan ke rumah untuk periksa keadaan ibu dan bayi; hari pertama, kedua, dan seterusnya. Jawab si ibu: “Saya tak lapor kelahiran ke klinik.” Jawapannya menjawab persoalan kenapa jururawat tidak melawat rumah, tapi timbul pula satu soalan baru: Kenapa tak lapor kelahiran?

 

Saya belek pula buku kandungan ibu. Akhirnya, saya mendapat sedikit gambaran tentang situasi yang sedang saya hadapi. Pada muka hadapan buku kandungan, hanya tertulis nama si ibu, sedangkan nama bapa dikosongkan. Dituliskan juga bahawa ini merupakan kandungan kedua si ibu (G2P1). Saya belek ke muka surat berikutnya; saya sangat terkejut.

 

Tarikh perkahwinan: Unmarried (Tidak berkahwin).

ย 
Read the rest of this entry »

BEBERAPA hari yang lalu, saya dikejutkan dengan satu topik perbahasan dalam sebuah group Telegram yang membangkitkan isu sesiapa yang bermain telefon ketika azan adalah syirik. Ini kerana sebahagian daripada mereka menganggap bahawa tidak segera menjawab panggilan azan kerana leka dengan telefon bererti kita telah melebihkan telefon berbanding Allah.

.

Ini merupakan satu pemahaman yang ekstrim menurut saya, kerana kita terlalu bermudah-mudahan memberikan label syirik kepada kaum muslimin. Bagi saya, dakwaan sebegini tidaklah jauh bezanya dengan menuduh seseorang muslim sebagai kafir.

.

Ada yang mengatakan kita sudah terlalu banyak dikaburi oleh syaitan sehingga menganggap sebahagian perkara yang melalaikan adalah “biasa-biasa sahaja”. Saya tak nafikan perkara, namun harus kita ingat bahawa bermudah-mudahan dalam melabel syirik kepada kaum muslimin, sebagaimana kaum Khawarij yang bermudah-mudahan mengkafirkan kaum muslimin yang mengerjakan dosa besar juga termasuk dalam bisikan syaitan.

.

Dikatakan pula apabila azan yang diwahyukan Allah untuk memanggil manusia kembali tunduk patuh taat kepada-Nya tak diendahkan, tak dipedulikan, dan tak dihiraukan, seakan-akan sekadar bunyi yang singgah di telinga, sedangkan individu tersebut lebih suka menghadap kepada benda lain, maka pada diri manusia itu telah ada unsur syirik kepada Allah.

.

Saya jawab kembali dakwaan ini, bahawa ada riwayat yang menyebutkan bahawa Nabi ๏ทบ ingin membakar rumah orang yang tidak solat jama`ah di masjid. Kalau dah syirik atau murtad, cukupkah sekadar dibakar rumahnya? Bukankah sebahagian fuqaha’ berpendapat orang yang terkeluar daripada Islam hendaklah disuruh bertaubat, sekiranya tetap tidak kembali kepada Islam hendaklah DIBUNUH?

.

Alhamdulillah, saya tidak berkeseorangan dalam menentang pemahaman yang saya kira ekstrim sebegini. Ternyata, beberapa orang asatidzah yang lain turut melahirkan perasaan tidak senang terhadap golongan sebegini. Setelah diselidiki, sumber ilmunya berasal daripada seorang tokoh yang mengajar tafsir -yang dikatakan banyak membuat tafsiran sendiri tanpa merujuk kepada tafsiran mufassirin-. Sebahagian asatidzah menggambarkan seolah-olah murid-murid tokoh tadi terlalu taksub dengan guru tersebut, sehingga menjadikan ajaran guru tersebut sebagai dalil, demikianlah gambaran yang diberikan kepada saya.

.

Bagi saya, isu sebegini agak besar dan berat, kerana dengan bermudah-mudahan kita telah melabel kaum muslimin sebagai orang yang melakukan kesyirikan. Sedangkan, manhaj Ahli As-Sunnah wa Al-Jama`ah tidak sesekali mengkafirkan ahli Qiblat.

Sebelum Amalkan Zikir Rekaan…

Posted: February 25, 2018 in Fiqh (Umum)

SOALAN tentang pengamalan zikir rekaan muncul kembali. Jawapan saya: Sebelum anda istiqamah mengamalkan mana-mana wirid yang tidak shahih daripada Nabi ๏ทบ, mungkin anda boleh cuba amalkan terlebih dahulu 3 amalan berikut yang memang shahih daripada baginda ๏ทบ.

.
Amalan pertama:

Membaca ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ sebanyak 100 kali setiap hari.

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ: “ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ู’ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‰ู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒโ€”ุŒโ€ ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉูุŒ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุนูŽุฏู’ู„ูŽ ุนูŽุดู’ุฑู ุฑูู‚ูŽุงุจูุŒ ูˆูŽูƒูุชูุจูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุงุฆูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูุŒ ูˆูŽู…ูุญููŠูŽุชู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู…ูุงุฆูŽุฉู ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุฉูุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุญูุฑู’ุฒู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽู‡ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูู…ู’ุณููŠูŽุŒ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฃู’ุชู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุจูุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู…ู‘ูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุจูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุนูŽู…ูู„ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู
ุงู„ุฑุงูˆูŠ : ุฃุจูˆ ู‡ุฑูŠุฑุฉ | ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ | ุงู„ู…ุตุฏุฑ : ุตุญูŠุญ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ
ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 6403 | ุฎู„ุงุตุฉ ุญูƒู… ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุตุญูŠุญ

Sesiapa yang mengucapkanย  ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ pada setiap hari sebanyak 100 kali, baginya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan baginya 100 keburukan, dia terlindung daripada syaitan pada hari tersebut sehingga waktu petang, dan tiada seorang pun yang lebih utama daripadanya melainkan orang yang membaca lebih daripadanya.

[Shahih Al-Bukhari, no. 6403]

.
Amalan kedua:

Membaca ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ู sebanyak 100 kali pada waktu pagi, dan 100 kali pada waktu petang.

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญููŠู†ูŽ ูŠูุตู’ุจูุญู ูˆูŽุญููŠู†ูŽ ูŠูู…ู’ุณููŠ: “ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ู” ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉูุŒ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฃู’ุชู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุจูุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู…ู‘ูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุจูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูุซู’ู„ูŽ ู…ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูˆู’ ุฒูŽุงุฏูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

ุงู„ุฑุงูˆูŠ : ุฃุจูˆ ู‡ุฑูŠุฑุฉ | ุงู„ู…ุญุฏุซ : ู…ุณู„ู… | ุงู„ู…ุตุฏุฑ : ุตุญูŠุญ ู…ุณู„ู…
ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 2692 | ุฎู„ุงุตุฉ ุญูƒู… ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุตุญูŠุญ

Sesiapa yang bertasbih pada waktu pagi dan petang: ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ู sebanyak 100 kali, tiada orang yang akan datang pada hari Qiyamah dengan keutamaan yang lebih daripadanya, melainkan orang yang bertasbih sama sepertinya atau bertasbih lebih daripadanya.

[Shahih Muslim, no. 2692]

.
Amalan ketiga:

Beristighfar sebanyak 100 kali setiap hari.

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู! ุชููˆุจููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุชููˆุจู ูููŠ ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู
ุงู„ุฑุงูˆูŠ : ุงู„ุฃุบุฑ ุงู„ู…ุฒู†ูŠ ุฃุจูˆ ู…ุงู„ูƒ | ุงู„ู…ุญุฏุซ : ู…ุณู„ู… | ุงู„ู…ุตุฏุฑ : ุตุญูŠุญ ู…ุณู„ู…
ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 2702 | ุฎู„ุงุตุฉ ุญูƒู… ุงู„ู…ุญุฏุซ : ุตุญูŠุญ

Wahai manusia! Bertaubatlah kalian kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya pada setiap hari sebanyak 100 kali.

[Shahih Muslim, no. 2702]

.

Semoga ketiga-tiga amalan ini menjadi amalan harian kita, insya’allah.

.

TAJUK: Apabila Tuhan Berbicara

.

PENULIS: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

.

Alhamdulillah, ini merupakan buku kedua yang telah saya habiskan pembacaannya. Sebuah buku yang agak santai penulisannya, mengumpulkan kisah-kisah yang dilalui oleh penulisnya; sama ada dialog antara beliau dengan anaknya atau orang di sekeliling, atau pengisiannya dalam kuliah-kuliah beliau. Untuk setiap tajuk, penulis akan membawakan ayat-ayat Al-Qur’an atau hadits-hadits yang berkaitan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Oleh itu, kita dapat rasakan seolah-olah Al-Qur’an sememangnya “hidup” dalam kehidupan kaum muslimin, bukan sekadar dibaca tanpa difahami isi kandungannya. Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian; (1) tajuk-tajuk tentang `aqidah, (2) tajuk-tajuk tentang Akhirat, (3) tajuk-tajuk tentang Al-Qur’an, dan (4) tajuk-tajuk tentang ibadah. Setiap tajuk pula tidaklah berkaitan antara satu sama lain, dan para pembaca boleh memilih untuk membaca keseluruhan buku ini secara berturutan atau secara rawak.

.

TAJUK: Imam Mahdi: Menyingkap Rahsia Penyelamat Yang Dinanti-nanti

PENULIS: Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin, Ph.D.

.

Sebuah buku yang informatif, banyak menyajikan perbezaan antara Al-Mahdi menurut perspektif Ahlu As-Sunnah dan Syi`ah. Bahkan, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa penulis lebih banyak mengemukakan ajaran-ajaran yang dianuti oleh kaum Syi`ah (Mungkin ini merupakan bidang pengkhususan penulis, kerana beliau juga pernah menulis buku “Adakah Kawanku Syiah?” dan “Agenda Politik Syiah”). Penulis telah membahas topik ini dengan begitu terperinci dan menukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan (dinyatakan sumber asal riwayat, namun tidak semuanya dinyatakan status riwayatnya, sama ada shahih, hasan, dha`if, dan selainnya). Selain itu, penulis juga membawakan kenyataan beberapa orang tokoh yang menimbulkan kontroversi dalam kepercayaan terhadap Al-Mahdi, sekali gus menjawab argumentasi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ini. Keluasan ilmu dan pengetahuan penulis tentang ajaran Syi`ah benar-benar terserlah dalam tiga bab terakhir apabila beliau mampu untuk mengemukakan perbezaan pegangan mazhab-mazhab yang wujud dalam Syi`ah tentang Al-Mahdi Al-Muntazhar.